Sejuta Impian TV3

Berikut adalah gambar-gambar semasa penggambaran Program Sejuta Impian TV3 – Idris Mohamad & Adik Nurul Afiqah di studio. Penggambaran serta aktiviti bagi program ini berlangsung selama beberapa hari bagi mengumpulkan maklumat Idris Mohamad & Adik Nurul Afiqah. Ia termasuklah penggambaran di rumah Adik Nurul Afiqah di Jitra, Kedah.

Bagi melihat lebih banyak gambar lagi, boleh layari di album di FB saudara Idris Mohamad di sini.

Post Footer automatically generated by Add Post Footer Plugin for wordpress.

Pertandingan Bowling Amal – Dana Nurul Afiqah

Satu pertandingan Bowling Amal akan diadakan bagi mengumpul dana adik Nurul Afiqah pada 25 September 2011 bersamaan hari Ahad pukul 9.00 pagi bertempat di Ampang SuperBowl Flamingo, Ampang. Program ini adalah lanjutan daripada Sejuta Impian TV3 saudara Idris Mohamad untuk membantu mencari dana bantuan perubatan bagi adik Nurul Afiqah.

Program Pertandingan Bowling Amal

Program Pertandingan Bowling Amal

Di samping itu, promosi Kempen Pengikrar Penderma Organ turut akan diadakan dengan kerjasama Pusat Sumber Transplan Nasional (Hospital Kuala Lumpur). Diharap dengan adanya program ini, akan mendapat kerjasama dari pelbagai pihak untuk menjayakannya.

Bagi mereka yang berminat untuk menyertai program Pertandingan Bowling Amal – Dana Nurul Afiqah ini boleh menghubungi

Saudara Idris Mohamad,
019 235 2954
idris.mohamad72@gmail.com

Post Footer automatically generated by Add Post Footer Plugin for wordpress.