Derma organ semakin meningkat

Derma organ semakin meningkat

Oleh LEE LAM THYE
ISU pendermaan organ merupakan isu baru dalam masyarakat, tetapi kita telah mula menerimanya secara positif. Ia dapat dibuktikan dengan pertambahan jumlah mereka yang berikrar untuk menjadi penderma organ yang meningkat dari setahun ke setahun. Sebagai contoh pada tahun 1997, jumlah mereka yang berikrar sebagai penderma organ hanya 2,566 orang, tetapi kini jumlah itu meningkat kepada 149,315 orang.

Kadar penderma sebenar yang meningkat itu membuktikan bahawa masyarakat Malaysia mula menerima pendermaan organ sebagai rawatan terakhir kepada seseorang yang mengalami kegagalan fungsi organ.

Bilangan mereka yang menderma organ selepas meninggal dunia juga terus meningkat dari setahun ke setahun. Misalnya, pada 2005, bilangan penderma hanya 13 orang dan pada 2006, bilangannya meningkat kepada 25 orang. Begitu juga pada 2009, bilangan penderma meningkat kepada 39 orang. Sehingga November 2010, jumlah penderma organ di Malaysia adalah seramai 307 orang.

Objektif utama kempen dan promosi pendermaan organ adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat Malaysia mengenai kepentingan pendermaan organ. Kajian ke atas kempen media yang telah dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 2009 menunjukkan 75 peratus daripada rakyat Malaysia sedar akan kepentingan pendermaan organ.

Selain itu, tujuan kempen adalah untuk menarik lebih ramai rakyat Malaysia tampil berdaftar sebagai pengikrar penderma organ dan ternyata peningkatan bilangan pengikrar dari setahun ke setahun menunjukkan penerimaan dan kejayaan.

Misalnya pada tahun ini sehingga November 2010, Pusat Sumber Transplan Nasional telah menerima sejumlah 22,910 permohonan untuk menjadi pengikrar. Ia melebihi sasaran kami iaitu untuk mendapatkan 20,000 orang pengikrar pada 2010.

Jawatankuasa Bertindak Kesedaran Awam Pendermaan Organ telah menggunakan pendekatan agama dalam membawa perkara ini. Aktiviti yang diatur mendapat kerjasama baik daripada badan-badan agama antaranya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Institut Kefahaman Islam Malaysia, Persatuan Buddhist, Christian Federation, Persatuan Hindu Sangam dan lain-lain.

Jawatankuasa juga sentiasa mengatur program-program promosi sepanjang tahun bagi memastikan rakyat Malaysia sedar akan kepentingan pendermaan organ. Tidak dinafikan bahawa kakitangan kesihatan terpaksa menghadapi beberapa masalah ketika berbincang dengan ahli keluarga atau waris dalam usaha mendapatkan organ.

Kajian yang dijalankan KKM jelas menunjukkan antara faktor yang menghalang adalah agama, takut dan keluarga.

Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan ahli keluarga mendapat maklumat yang salah, ataupun ahli keluarga enggan menerima maklumat mengenai pendermaan organ. Justeru, saya ingin menasihatkan semua rakyat Malaysia yang ingin berikrar sebagai penderma organ supaya memaklumkan niat mereka kepada ahli keluarga, dan ahli keluarga seharusnya cuba menerima dengan terbuka niat murni itu.

Mengimport organ dari luar negara bukanlah satu jalan terbaik bagi menyelesaikan isu kekurangan organ di negara ini, mahupun di negara lain. KKM memegang teguh kepada prinsip bahawa organ manusia bukan untuk dijual beli atau diperdagangkan.

Adalah tidak wajar untuk kita mempergunakan kedudukan sesetengah orang di dalam sesebuah masyarakat seperti mereka yang miskin ataupun tahanan penjara bagi membeli organ mereka.

Selain itu, aktiviti perdagangan organ manusia bercanggah dengan prinsip panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengenai pemindahan organ.

Fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1970 mengharuskan pendermaan organ kadaverik tetapi mengharamkan aktiviti jual beli organ.

Jalan yang paling sesuai bagi membantu mereka yang memerlukan organ adalah meningkatkan lagi kesedaran dan kesediaan masyarakat terutama ahli keluarga untuk menderma organ.

Jawatankuasa saya buat julung kali mengadakan Sambutan Minggu Kesedaran Pendermaan Organ pada 16 hingga 24 Oktober lalu. Ia bermatlamat mengajak agensi kerajaan, swasta, badan-badan korporat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyatakan komitmen mereka terhadap pendermaan organ.

Program itu mendapat sokongan yang membanggakan, di mana banyak pihak tampil menganjurkan aktiviti promosi pendermaan organ di peringkat masing-masing. Sasaran kita untuk mendapat bilangan pengikrar baru pada tahun 2010 sebanyak 20,000 orang telah tercapai.

Justeru, usaha mempromosi pendermaan organ pada tahun 2011 akan memberi tumpuan khusus kepada golongan muda (remaja & belia).

TAN SRI LEE LAM THYE

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesedaran Awam Pendermaan Organ

Kementerian Kesihatan Malaysia

KEMPEN PENDERMAAN ORGAN

Pengenalan
Pendermaan Organ merupakan satu amalan yang mulia. Ia bukanlah suatu yang baru di Malaysia kerana ia adalah satu kaedah rawatan yang telah diterima ramai di Negara kita. Bilangan pesakit yang memerlukan pemindahan organ semakin meningkat dari tahun ke tahun, namun bilangan pengikrar yang ingin menderma setelah kematian masih rendah.

Sejak tahun 1999 kad Pengikrar Penderma Organ telah dilancarkan sebagai kad indikasi pendaftaran seseorang itu sebagai pengikrar penderma organ. Sehingga kini dianggarkan lebih 126 000 bilangan pendaftar pengikrar telah direkodkan di Pusat Sumber Transplan Nasional. Bilangan tersebut amat rendah untuk bilangan penduduk Negara yang dianggarkan seramai 27 juta orang.

Sehubungan itu, Pusat Sumber Transplan Nasional diwujudkan bukan sahaja untuk menambah bilangan pengikrar penderma organ, malah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat, selain memberikan maklumat dan tentang kepentingan pendermaan organ.

Definisi Pendermaan Organ/ Tisu:
Pendermaan organ/ tisu ialah proses mendermakan sebahagian organ atau tisu daripada tubuh badan kita untuk tujuan pemindahan atau transplantasi kepada orang lain yang memerlukan kerana kegagalan atau kerosakan organ atau tisu tersebut. Selepas transplantasi (pemindahan) organ, seseorang itu dapat meneruskan kehidupan dan hidup dengan kualiti yang lebih baik.

Organ & Tisu yang boleh didermakan di Malaysia
Organ:
• Jantung
• Paru-Paru
• Hati, dan
• Buah Pinggang

Tisu:
• Injap Jantung
• Mata (kornea)
• Tulang, dan
• Kulit

Penderma Hidup

Penderma hidup hanya boleh mendermakan satu buah pinggang atau sebahagian hati, dan sum-sum tulang sahaja.
Pendermaan semasa hidup terbahagi kepada 2 jenis iaitu:
• Pendermaan ada pertalian saudara (Living Related)
• Pendermaan tiada talian saudara (non-living Related)
Pendermaan semasa hidup mempunyai pelbagai risiko walaupun risikonya rendah. Pendermaan ini terhad kepada mereka yang mempunyai pertalian darah atau mereka yang mempunyai hubungan emosi seperti suami isteri sahaja.
Ini untuk mengelakkan kegiatan jual beli organ berlaku.
Penderma hidup hanya boleh mendermakan satu buah pinggang dan, atau sebahagian hati sahaja.

Penderma Kadaverik
Penderma Kadeverik adalah penderma yang telah meninggal dunia. Pendermaan ini amat digalakkan dan diutamakan di Negara kita. Ianya tidak memberikan risiko kepada penderma. Penderma kadaverik juga terbahagi 2 jenis:
• Kematian Otak
Hanya penderma yang kematian otak boleh mendermakan organ dan tisu seperti Jantung, Paru-Paru, Hati dan Buah Pinggang (Ginjal), Mata (Kornea), Tulang dan Kulit.Hanya penderma yang kematian otak boleh mendermakan organ dan tisu seperti Jantung, Paru-Paru, Hati dan Buah Pinggang (Ginjal), Mata (Kornea), Tulang dan Kulit. Penderma yang mati otak adalah penderma yang disahkan meninggal dunia di hospital. Mati otak ialah satu keadaan apabila tiada pengedaran darah dan oksigen ke otak yang menyebabkan keseluruhan otak yang mengawal aktiviti penghidupan seperti pernafasan dan dengupan jantung mati. Ini boleh terjadi akibat kecederaan otak yang menyebabkan bengkak otak ataupun pendarahan dalam kepala yang teruk, pendarahan spontan akibat pecah urat saluran darah yang tidak normal atau tekanan darah yang tinggi, strok yang teruk, barah otak dan sebagainya.

Untuk pendermaan organ, seseorang yang kematian otak tidak akan mempunyai tindakbalas dan tidak bernafas. Dengan bantuan mesin (ventilator) jantung akan berfungsi seketika. Namun organ-organ lain akan mengalami kerosakan dan akhirnya degupan jantung akan berhenti dengan sendiri walaupun dengan sokongan mesin.
Pengesahan kematian akan dilakukan oleh dua orang doktor pakar yang bertauliah melalui dua ujian yang berasingan. Doktor-doktor tersebut tiada kaitan dengan tugasan pengambilan atau transplantasi organ.
Ujian pengesahan yang dijalankan adalah mengikut protokol yang diterima pakai di merata dunia.
Setelah disahkan mati otak, sijil pengesahan akan dikeluarkan dan mesin bantuan pernafasan akan diberhentikan. Sekiranya untuk pendermaan organ, mesin akan diberhentikan di dewan bedah sebelum organ diperolehi. Jika bukan untuk pendermaan organ mesin akan diberhentikan di Unit Rawatan Rapi.

• Kematian Jantung Berhenti Berdegup
Kematian ini adalah kematian normal dimana seseorang itu disahkan mati kerana jantung terhenti berdegup
o Penderma yang meninggal dunia secara jantung terhenti boleh mendermakan tisu sahaja seperti Mata (kornea), Tulang, Kulit dan Injap Jantung.
Mereka yang meninggal di hospital boleh mendermakan semua jenis tisu.
Bagi mereka yang meninggal di rumah hanya boleh mendermakan mata (kornea). Pihak keluarga perlu menghubungi hospital kerajaan terdekat bagi tujuan perolehan tisu tersebut di rumah

Pengambilan & Transplantasi organ dan tisu

Definisi Transplantasi
Transplantasi bermaksud pemindahan atau penggantian organ atau tisu yang masih berfungsi dari seseorang kepada seseorang yang kegagalan fungsi organ atau tisu. Agar beliau dapat meneruskan kehidupan. Ianya merupakan satu kaedah rawatan yang terbukti paling baik dan berkesan untuk menyelamatkan nyawa bagi pesakit yang mengalami kegagalan organ di peringkat akhir.

Setelah pengesahan kematian oleh pihak hospital, keluarga akan diberi peluang untuk memikirkan tentang pendermaan organ. Pada masa yang sama, ujian saringan darah akan dilakukan untuk memastikan organ-organ dan tisu-tisu bebas daripada penyakit berjangkit dan masih berfungsi untuk tujuan transplantasi.
Pembedahan pengambilan organ dan tisu penderma akan dijalankan setelah seseorang mendapat kebenaran bertulis daripada waris.Hanya organ yang boleh diguna pakai akan diambil.
Proses pembedahan pengambilan atau perolehan organ boleh mengambil masa dari 2 hingga 8 jam bergantung kepada bilangan organ dan tisu yang diperolehi. Ianya dijalankan didewan bedah dalam keadaan suci hama . Pembedahan dilakukan dengan penuh prihatin dan hormat untuk mengelakkan sebarang kecacatan pada jenazah.
a) Transplantasi Organ
Pemindahan atau penggantian organ dilakukan dengan segera selepas pembedahan pengambilan organ dijalankan. Organ yang diperolehi melalui penderma mati otak perlu dilakukan segera untuk memastikan organ tersebut masih berfungsi baik dan tidak terjejas.
Oleh yang demikian, penderma (mati otak) akan diberi sokongan mesin (ventilator) sehingga ke dewan bedah dimana ianya akan diberhentikan sebelum organ diperolehi.
Selepas pengambilan, tempoh transplan adalah seperti berikut:
Jantung: 4 hingga 6 Jam
Paru-Paru: 4 hingga 6 jam
Hati: 8 hingga 12 Jam
Buah Pinggang : 24 jam
b) Transplantasi Tisu
Sebagaimana pentingnya pemindahan organ, pemindahan tisu juga dapat menjadikan kualiti hidup pesakit yang memerlukan ke tahap yang lebih baik. Tisu yang dimaksudkan adalah mata, kulit, tulang dan injap jantung.
Rawatan dari tisu yang didermakan
Mata (kornea)
Tisu ini digunakan untuk menggantikan seseorang yang mengalami kerosakan kornea sepenuhnya. Setelah transplantasi kornea, pesakit boleh kembali melihat. Kornea hanya boleh disimpan sehingga 2 minggu.
Injap Jantung
Transplantasi injap jantung dapat menggantikan injap jantung pesakit yang mengalami kerosakan atau kecacatan. Ia boleh disimpan sehingga 10 tahun.
Tulang
Pendermaan tulang adalah untuk membantu pesakit kes kanser tulang iaitu dengan menggantikan bahagian tulang yang mengalami kanser. Ia juga digunakan untuk menggantikan tulang yang cedera atau bermasalah. Selain itu, tulang juga digunakan dalam rawatan pergigian. Tulang disimpan di bank tulang dari 5 – 7 tahun.
Kulit
Kulit digunakan untuk menpercepatkan proses penyembuhan terutama pada pesakit yang terlibat dalam kes kebakaran. Kulit boleh disimpan dari 2 – 5 tahun.
Kadar daya hidup penerima organ selepas transplantasi
Transplantasi Hati
1 tahun : 80 – 85%
5 tahun : 70 – 75%
Transplantasi Jantung
1 tahun – 83%
5 tahun – 63%
Kembali bekerja – 83%
Transplantasi Buah Pinggang
1 tahun : 85 – 90%
5 tahun : >75%
10 tahun : 60%
Penerima boleh kembali bekerja, bersukan, berumah tangga dan mempunyai anak.

Akta tisu manusia 1974
Akta yang membenarkan pengunaan bahagian tubuh anggota orang yang telah mati untuk tujuan perubatan, penyelidikan perubatan dan pendidikan. Perundingan dan kebenaran dari keluarga waris diperlukan sebelum ianya dilakukan.

Pandangan agama
Secara umumnya semua Agama mengiktiraf pendermaan organ sebagai amalan yang mulia. Tiada agama yang menghalang penganutnya untuk melakukan kebaikan. Agama Islam melalui Majlis Fatwa Kebangsaan telah meletakkan Hukum Harus pada urusan pendermaan dan pemindahan organ pada bulan Jun 1970. Ianya diharuskan dengan syarat tidak ada alternatif lain yang boleh menyelamatkan nyawa pesakit dan bukan untuk perniagaan (tiada unsur jual beli).

Kaedah rawatan transplantasi juga DIHARUSKAN sekiranya ia tidak mendatangkan mudarat yang lebih besar kepada penerima organ atau penderma organ (sekiranya penderma masih hidup). Islam juga mensyaratkan pendermaan organ dilakukan secara ikhlas dengan niat untuk membantu orang lain semata-mata kerana Allah SWT.

Pengecualian bayaran bil hospital
Selaras dengan seksyen 16(13) Perintah Fi (Perubatan) 1982, Ketua Setiausaha Perbendaharaan telah bersetuju untuk memberikan pengecualian bayaran bil hospital bagi penderma organ di hospital kerajaan dari tarikh kemasukan hospital. Arahan ini berkuatkuasa pada 29 Disember 2003, seperti mana surat Kementerian Kewangan KK/BP(S)09/692/79 Jld.3.s.k.4/2003(4)

Bagi pendermaan organ dan tisu di hospital swasta pula, segala pembiayaan bil hospital dari mula pesakit itu dimasukkan sehingga disahkan meninggal dunia adalah tanggungjawab keluarga atau waris itu sendiri.

Siapa yang layak menjadi penderma?
Sesiapa pun boleh mendaftar menjadi pengikrar penderma organ dan tisu kecuali mereka yang menghidap penyakit berjangkit seperti HIV AIDS, Hepatitis B dan C, Siflis. Untuk mereka yang berumur kurang dari 18 tahun, kebenaran bertulis dari ibubapa adalah diperlukan.

Semua pengikrar penderma organ dinasihatkan agar memberitahu ahli keluarga tentang hasrat mereka untuk mendermakan organ selepas mereka meninggal dunia. Ini akan memudahkan keluarga untuk memberikan kebenaran untuk pengambilan organ dan tisu selepas kematian mereka.

Bagaimana untuk menjadi pengikrar penderma organ?
Mereka yang berhasrat untuk mendermakan organ selepas kematian boleh mengisi borang pendaftaran pengikar penderma organ yang boleh didapati di semua Hospital Kerajaan, Jabatan Kesihatan Daerah-Daerah, Pusat-Pusat Kesihatan Daerah, Pusat Sumber Transplan Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Pusat Sumber Transplan Hospital Pulau Pinang, Pusat Sumber Transplan Hospital Sultanah Aminah, Johor, atau memuat turun borang di laman web Pusat Sumber Transplan Nasional.

Pusat sumber transplan nasional
Jabatan yang dibentuk khas oleh Kementerian Kesihatan Malaysia di bawah sokongan dan kerjasama Bahagian Perkembangan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia bagi menyebarkan maklumat yang betul dan mempertingkatkan kesedaran masyarakat Malaysia tentang pendermaan organ dan transplantasi.

Objektif utama penubuhannya adalah untuk mendapatkan lebih ramai pengikrar pendermaan organ untuk pendermaan kadaverik (selepas kematian) dan berperanan sebagai pusat pendaftaran pengikrar penderma organ dan tisu serta menyimpan pengkalan data tentang bakal penderma-penderma ini.

Pusat ini berkerjasama dengan organisasi bukan kerajaan, badan-badan agama, persatuan-persatuan pelajar, badan korporat dan agensi kerajaan serta pihak media didalam menyebarkan maklumat tentang pendermaan organ dan program transplantasi melalui ceramah, kaunter bergerak, kempen, forum, temubual dan sebagainya.

Untuk maklumat lanjut
Maklumat lanjut tentang pendermaan organ boleh melayari laman web Pusat Sumber Transplan Nasional di www.agiftoflife.gov.my atau menghubungi talian bebas tol 1-800-88-9080 atau email ke ntrc@moh.gov.my.

AKTIVITI PUSAT SUMBER TRANSPLAN NASIONAL

Ceramah Pendermaan Organ kepada Pelajar Koleh Mahsa, Ceramah Pendermaa Organ dalam Continuos Nursing Education (CNE) Hospital Kuala Lumpur

Kaunter Penerangan dan Pendaftaran Penderman Organ sempena sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia Peringkat Kebangsaan di Hospital Kaunter Penerangan dan Pendaftaran Penderman Organ sempena sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia Peringkat Kebangsaan di Hospital Serdang, Selangor

Pameran Hospital Kuala Lumpur turut memuatkan Kaunter Penerangan dan Pendaftaran Penderman Organ di Pusat Dagangan Dunia Putra Rombongan Lawatan Pelajar Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia ke Pusat Sumber Transplan Nasional, Hospital Kuala Lumpur

Sekitar majlis perasmian Kempen Media Pendermaan Organ2008/2009 oleh YBhg Tan Sri Lee Lam Thye, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesedaran Awam Pendermaan Organ. Beliau turut merasmikan Laman Web Pusat Sumber Transplan Nasional

Derma Organ

[i=s] Post Last Edit by Syd at 22-12-2009 13:15 [/i]

Derma organ selamat nyawa
Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN

APA reaksi atau perasaan anda apabila diminta menjadi penderma organ kardaverik iaitu memberikan organ tertentu apabila meninggal dunia kelak? Adakah anda bersedia, ragu atau tidak mahu?

Pilihannya terletak di tangan sendiri. Bagi kita yang tidak pernah berhadapan dengan masalah memerlukan organ pengganti untuk meneruskan hidup, kita mungkin kurang faham perasaan pesakit dan ahli keluarga mereka mahupun terhadap kepentingan pendermaan organ.

Mengikut ulama terkenal, Dr Yusuf al-Qardhawi, Allah akan memberikan ganjaran besar kepada orang yang mendermakan kerana dianggap sebagai sedekah jariah untuk memberi peluang dan membantu menyelamatkan nyawa orang lain.

Majlis Fatwa Kebangsaan sendiri memutuskan mendermakan organ sama ada membabitkan orang mati atau masih hidup kepada pesakit yang memerlukan hukumnya harus.

Pada Jun 1970, Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan empat garis panduan yang mengharuskan pendermaan organ iaitu:

Pemindahan organ itu boleh dilakukan selepas tiada pilihan lain atau jalan akhir untuk menyelamatkan seseorang yang organnya tidak berfungsi.

Penderma atau pengikrar organ sudah disahkan meninggal dunia.

Kebenaran diperoleh daripada ahli keluarga si mati.

Tidak ada unsur perdagangan atau jual beli bagi organ itu.

Hampir semua organ boleh didermakan seperti buah pinggang, hati, jantung, mata, paru-paru dan pankreas. Manakala tisu yang boleh diderma pula ialah mata, tulang, kulit dan injap jantung.

Namun antara organ yang paling diperlukan ialah buah pinggang dan sehingga kini ada 6,000 pesakit yang saban hari menanti dengan penuh harapan untuk mendapat buah pinggang baru.

Masalahnya ialah kita kekurangan penderma dan tidak ramai antara kita yang sanggup mendermakan organ walaupun proses pendermaan itu hanya dilakukan selepas kita menutup mata.

Malah Malaysia mencatat jumlah terendah berbanding negara lain. Bagi nisbah setiap juta penduduk, Malaysia mempunyai kurang daripada satu penderma berbanding lapan di Singapura, 12 di Britain dan 35 di Sepanyol.

Saban tahun jumlah orang yang mendaftar menjadi penderma semakin kurang. Catatan Daftar Transplan Kebangsaan penurunan daripada 9,000 orang pada 2004 kepada kurang daripada 6,000 permohonan tahun lalu.

Jika dilihat pada angka memang agak banyak tetapi jumlah penderma sebenar adalah amat sedikit. Penderma buah pinggang misalnya menurun daripada 25 hingga 30 orang sepanjang 2001 hingga 2003 kepada 16 orang pada 2004 dan 13 orang tahun lalu.

Menurut Perunding Nefrologi, Datuk Dr Zaki Morad, masalah ini bukan disebabkan kekurangan kesedaran tetapi ramai terutama di kalangan Orang Melayu yang tidak bersedia menjadi penderma.

Halangan keluarga menjadi antara faktor utama proses pendermaan organ terpaksa dibatalkan. Sesetengahnya menggunakan alasan agama untuk menghalang organ ahli keluarga mereka diambil.

揝ebenarnya semua agama sama ada Islam, Buddha, Hindu atau Kristian membenarkan pendermaan organ. Malah Majlis Fatwa Kebangsaan juga sudah mengeluarkan fatwa yang mengharuskan perkara ini. Jadi tiada masalah untuk orang Islam menderma atau menerima organ.

揂da yang beranggapan proses ini akan menyeksa mayat. Anggapan ini tidak benar kerana pembedahan akan dilakukan dengan berhati-hati sama seperti ke atas orang hidup. Jika pembedahan tidak sempurna, organ akan rosak dan tidak boleh digunakan,  katanya.

Tidak kurang juga yang beranggapan pendermaan organ akan menyebabkan mayat mereka 慶acat dan tidak lengkap . Sebenarnya ini adalah antara salah faham yang biasa dalam isu pendermaan organ.

Dalam soal selidik rambang yang dijalankan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) ke atas 500 responden Islam di Lembah Klang tahun lalu mendapati 56.3 peratus tidak bersedia menjadi penderma kerana bimbang badan mereka akan menjadi 慶acat .

Bahkan ramai juga yang salah faham terhadap pendermaan organ seperti ahli keluarga penderma perlu membayar kos pembedahan, doktor tidak akan berusaha menyelamatkan nyawa penderma dan organ penderma Muslim mestilah diberikan kepada penerima Muslim saja.

Sehingga kini hanya 10,193 saja individu Muslim mendaftar menjadi penderma berbanding 60,876 penderma Cina dan 22,565 penderma India tetapi ramai yang tidak sedar majoriti pesakit yang menunggu organ adalah beragama Islam.

揟idak boleh kata pendermaan organ akan mencacatkan atau menjadikan mayat tidak sempurna kerana individu yang meninggal dunia akibat kemalangan atau kebakaran lebih teruk sifatnya. Cuma dalam hal ini, organ kita digunakan untuk membolehkan orang lain meneruskan hidup,  katanya.

Bila organ diambil?

Menurut Dr Zaki, organ penderma hanya boleh diambil selepas otak penderma disahkan mati oleh dua orang pakar. Doktor yang mengesahkan kematian tidak akan terbabit dalam pembedahan transplan.

Bagaimanapun pada ketika ini, jantung masih berdenyut dan penderma bernafas dengan bantuan mesin. Di sinilah ramai yang salah faham. Apabila otak mati, seseorang itu sebenarnya sudah meninggal dunia. Pernafasan dan degupan jantung pula berlaku dengan bantuan mesin.

Proses ini amat penting kerana jantung masih perlu mengepam darah untuk membekalkan oksigen supaya organ tidak rosak (mati) dan boleh terus berfungsi dengan baik.

Sebaik dikeluarkan, organ seperti jantung dan hati perlu dipindahkan segera kepada penerima dalam masa empat jam. Manakala buah pinggang boleh bertahan antara 24 hingga 40 jam. Namun lebih cepat ia dipindahkan ke dalam badan penerima, kesannya lebih baik.

揂ntara syarat penting yang membolehkan pembedahan pendermaan organ dilakukan ialah penderma perlu meninggal dunia di hospital. Bagaimanapun jika meninggal di luar hospital, mata dan tulang masih boleh diderma dengan syarat pembedahan dilakukan dalam masa empat atau lima jam selepas meninggal.

揝ekiranya meninggal di rumah, pendermaan mata masih boleh dijalankan. Pasukan doktor boleh datang ke rumah untuk melakukan pembedahan. Pembedahan akan dilakukan dengan berhati-hati dan tidak berdarah,  katanya.

Bagaimana organ dipindahkan?

Proses pembedahan bagi pendermaan organ dan tisu akan dilakukan sekumpulan pakar bedah secara berhati-hati dalam keadaan yang steril sebagaimana pembedahan ke atas orang hidup. Sebagai manusia, mereka juga amat menghormati mayat.

Justeru itu mereka akan memastikan mayat masih dalam keadaan sempurna (tidak kudung) atau berubah bentuk. Pembedahan akan dibedah secermat mungkin sebagai mana pembedahan lain. Selepas organ dikeluarkan, luka akan dijahit semula dengan cermat dan sebaik mungkin.

Adakah layanan doktor akan berubah sekiranya mengetahui anda adalah penderma?

Tidak. Tanggungjawab doktor untuk menyelamatkan nyawa adalah sama bagi semua pesakit tidak kira mereka menjadi penderma atau sebaliknya.

Semua doktor akan cuba menyelamatkan nyawa pesakit sedaya mungkin. Hanya apabila pesakit disahkan meninggal dunia barulah isu pendermaan organ dibincangkan dengan keluarga atau waris penderma.

Siapa yang boleh menderma?

Kata Dr Zaki, semua orang boleh menjadi penderma termasuk kanak-kanak berumur empat tahun mahupun warga emas yang mencecah 70 tahun. Namun ada juga golongan yang tidak layak menjadi penderma organ iaitu:

Pesakit kencing manis

Pesakit tekanan darah tinggi yang serius

Menghidap penyakit berjangkit atau kronik seperti HIV/Aids, hepatitis dan kanser.

Apa langkah yang perlu diambil untuk menjadi penderma?

Perkara paling penting ialah memberitahu ahli keluarga terdekat yang boleh membuat keputusan. Kata Dr Zaki, tiada paksaan untuk menderma dan organ penderma tidak akan diambil sekiranya mendapat bantahan daripada keluarga.

Sekiranya dimasukkan ke hospital dalam keadaan parah, keluarga disaran supaya memberitahu doktor bahawa individu berkenaan adalah penderma organ.

Adakah proses pendermaan organ akan melengahkan urusan pengebumian?

Tidak. Pengambilan organ tak mengganggu sebarang urusan pengebumian.

Urusan pengebumian boleh diuruskan seperti kematian lain. Selepas organ atau tisu dikeluarkan, mayat akan dibersihkan, ditutup (dikapan bagi orang Islam) dan dikembalikan kepada keluarga untuk urusan seterusnya.

Pengagihan organ

Dulu pengagihan organ dilakukan secara manual tetapi kini dengan wujudnya Sistem Elektronik Perkongsian Organ Malaysia (e-MOSS), prosesnya lebih mudah dan lancar.

Maklumat semua pesakit (dari hospital kerajaan mahupun swasta di seluruh negara) akan dimasukkan ke dalam pangkalan data pusat yang dikemaskini setiap masa) dan penerima akan dipilih mengikut kumpulan darah serta tempoh menjalani dialisis.

Sejak sistem ini dicipta tahun lalu seramai 20 pesakit buah pinggang kronik sudah menikmati faedahnya daripada 10 penderma. Setiap orang dikurniakan Allah dengan dua buah pinggang dan jika kedua-duanya dalam keadaan baik ketika meninggal, ia boleh menyelamatkan dua nyawa.

Antara hospital yang terbabit dalam pembedahan penggantian organ ialah Hospital Kuala Lumpur, Hospital Selayang dan Pusat Perubatan Universiti Malaya bagi buah pinggang; Hospital Selayang (hati) dan Institut Jantung Negara bagi pembedahan penggantian jantung dan paru-paru.

Keterangan lanjut hubungi Pusat Sumber Transplan Nasional, Hospital Kuala Lumpur (03-26942704/2705); Pusat Sumber Pendermaan Organ, Hospital Ipoh (05-5222324/ 2533333 sambungan 2324); Pusat Sumber Transplan Hospital Pulau Pinang (04-2002436/2293333 sambungan 435); Pusat Sumber Transplan Hospital Sultanah Aminah (07-2231666 sambungan 2751) atau hubungi talian bebas tol 1-800-88-9080.
sherrina posted at 12-10-2006 00:57

sherrina nak derma tapi mak tak kasi….susah lah kalau tak terdedah kepada banyak ilmu ni. sedangkan derma darah pun dia marah…..walhal yg banyak amik darah org Islam. bila pergi menderma tu biasanya sherrina sorg je lah melayu, yg lain cina dan india….kenapalah terlalu sempit pikiran org kita?
Syd posted at 12-10-2006 08:59

mcm tu jugak lah aku
aku rasa waris2 aku sure tak kasik
fleurzsa posted at 12-10-2006 08:59

salam

Ambil darah sikit kat jari pun I menjerit2…he he he he… dasar lemah semangat..
sherrina posted at 13-10-2006 00:25

hmm…tu yg sherrina slalu kata kat mak sherrina “darah ibu ni kalau derma, bleh isi 2 bag tau…bukan 1 bag mcm org biasa”….hahaha…yalah my mom bersaiz besar tp penakut ya amat

saya suka derma darah sebab lepas tu rasa fresh. lagipun suka nak kasi cantik buku derma darah tu. cuma lately ni tak lepas derma darah sebab sangkut kat BP…ada terbabas sedikit :p

p/s: bleh ke kita register utk derma organ secara senyap2?
Syd posted at 13-10-2006 09:26

sherrina,
kita ada waris
nanti kalau ada apa2 jadik kat kita
dorang lah yang dirujuk

buat senyap2 tu boleh
tapi kemudian hari nanti
berbalah mcm2
sherrina posted at 13-10-2006 21:07

betul jugak tu…nak sarankan supaya ulama banyak bercakap/berceramah mengenai organ transplant lah..ramai org Islam yg masih x paham hukum nya
Syd posted at 1-11-2006 11:14

Kesediaan keluarga Mohd Fikry derma organ dipuji

ALOR STAR: Jawatankuasa Transplantasi Pendermaan Organ Kebangsaan memuji kesediaan keluarga Mohd Fikry Fazail yang mendermakan empat organ remaja itu yang mati, Ahad lalu, selepas koma kerana terbabit dalam kemalangan baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Awam Mengenai Pendermaan Organ, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata keluarga remaja itu mengambil keputusan tepat dan wajar disanjung.

揔eputusan keluarga itu adalah satu usaha murni yang mana ia dapat membantu mereka yang memerlukan,” katanya dalam satu kenyataan yang dihantar ke sini, semalam.

Lee yang juga Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) berkata, pihaknya turut berbangga di atas amal jariah remaja berkenaan kerana Allahyarham Mohd Fikry adalah bekas pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kumpulan 2 Siri 3/2006 dari Kem Kisana Beach Resort, Kelantan.

Beliau mengulas laporan Berita Harian semalam, mengenai kesediaan bapa Mohd Fikry, Fazail Mat, 51, bersetuju mendermakan jantung, hati, buah pinggang dan kornea anak keenam daripada lapan beradik itu yang meninggal dunia di Hospital Alor Star (HAS) di sini, Ahad lalu.
gam_gajah posted at 1-11-2006 12:25

sherrina,

saya pledge derma organ senyap2, semua buat sendiri. dah dapat kad hijau tu baru bgtau husband & parents. setakat ni diorang macam tak kisah. tapi bila saya dah mati nnt tak tau la kot jadi kontroversi pulak. biasa la, org kita ni… anggap derma organ tu mcm siksa mayat
Syd posted at 1-11-2006 14:11

sebenarnya saya terpikir sejak pagi tadi
saya rasa saya nak buat nih senyap2 gak
sherrina posted at 1-11-2006 17:30

betul. saya mmg takleh nak convince mak saya walaupun ayah saya ilmu tinggi dlm bab2 agama begitu juga mak saya pun bukan jahil tapi bab2 derma darah, derma organ lagi lah…..jenuhlah saya nak explain.

maybe sebab mak saya sejak abis SPM terus keje gomen dan dia sentiasa secure (sy dah tepu mendengar saranan dia suh keje gomen sebab ada pencen) menyebabkan dia takde pemikiran untuk mende2 yg sounds extraordinary (walhal biasa aje). Sebab tu projek saya utk umah anak yatim sy tak citer kat dia sbb dia jenis payah lah nak di explain. nnt saya nak tanya pusat transplan mengenai keadaan begini dan kalau dpt contact badan Agama Islam (klau ada cara direct ngan Harun din ka Hassan din ka lagi best) supaya saya dapat statement mengenai hal ini bagi situasi saya.

gam,
itulah susah org kita. kita lebih percaya pada ‘anggap’ daripada yang hakiki tertulis oleh Allah.
Syd posted at 2-11-2006 09:22

Takut derma organ — 9,000 pesakit terpaksa menunggu ganti buah pinggang
Oleh NURUL ANUAR KARI

KUALA LUMPUR 1 Nov. Akibat mitos rakyat Malaysia yang takut untuk menderma organ, menyebabkan 9,000 pesakit buah pinggang mungkin terpaksa 憁enutup mata lebih awal.

Kesemua mereka terpaksa 慴erbaris panjang – berdoa, memohon ihsan dan berharap agar ada rakyat negara ini yang mahu menderma ginjal itu untuk mereka.

Lebih membimbangkan, purata 2,500 pesakit kronik baru muncul setiap tahun.

Berdasarkan Laporan Pertama Daftar Pemindahan Organ Kebangsaan 2004, hanya enam peratus daripada jumlah keseluruhan pesakit dengan kegagalan buah pinggang tahap akhir berjaya mendapat pemindahan organ.

Di samping itu, kebanyakan daripada pesakit buah pinggang terpaksa menerima hakikat bahawa mereka perlu bergantung kepada mesin dialisis untuk seumur hidup.

Ketua Penyelaras Pusat Sumber Pemindahan Organ Kebangsaan (NRTC) Hospital Kuala Lumpur, Dr. Lela Yasmin Mansor berkata, antara punca utama kurangnya penderma organ adalah salah faham dan mitos yang wujud dalam masyarakat mengenai pendermaan organ selepas mati.

憫Orang ramai tidak selesa membincangkan isu yang melibatkan kematian dan ketakutan menyelubungi isu ini menyebabkan timbulnya salah faham.

憫Dengan mengelakkan perbincangan mengenai isu ini, banyak salah faham dan tanggapan serong terhadap pendermaan organ,拻 katanya pada taklimat media Gerakan Menderma Organ Asia oleh majalah Reader抯 Digest di sini hari ini.

Jelas beliau, agama juga tidak menghalang pendermaan organ kerana perbuatan itu dapat menyelamatkan nyawa.

Antara mitos dikaitkan dengan pendermaan organ termasuklah terlalu tua untuk menderma, doktor tidak merawat pesakit kerana mahukan organ mereka, menderma organ bertentangan dengan ajaran agama dan pendermaan organ akan mencacatkan mayat dan melambatkan pengebumian.

憫Jangan biarkan mitos seperti itu menghalang anda daripada 搈emberi kehidupan kepada orang lain. Apabila kebimbangan diatasi, anda mampu melihat bagaimana penerima mendapat manfaat daripada sumbangan anda,拻 kata Dr. Lela.

Selain itu, beliau mendakwa kegagalan penderma memaklumkan ahli keluarga mereka tentang keinginan menjadi penderma juga boleh menyebabkan niat mereka untuk menderma dihalang.

憫Walaupun sudah mendaftar untuk menderma organ, keluarga penderma mungkin tidak dapat menerima keputusan tersebut jika mereka tidak dimaklumkan sebelum kematian penderma,拻 katanya.

Menurut beliau, sehingga kini kira-kira 1,135 pemindahan buah pinggang telah dilakukan sejak Disember 1975.

憫Pesakit pertama menerima pemindahan buah pinggang pada 15 Disember 1975. Pesakit itu bagaimanapun telah meninggal dunia akibat jangkitan kuman selepas digigit kucing, bukan seperti tanggapan yang mengatakan pendermaan organ akan memendekkan umur,拻 katanya.

Jelasnya, pendermaan organ seperti buah pinggang, paru-paru atau hati juga boleh dilakukan semasa penderma masih hidup memandangkan hanya satu atau sebahagian daripada organ tersebut diperlukan oleh penerima.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Naib Presiden Persatuan Pemindahan Organ Malaysia, Dr. Tan Chwee Choon; Perunding Pakar Bedah Kardiotoraks dan Pengarah Projek Jantung Mekanikal IJN, Dr. Mohamed Ezani Md. Taib dan Ketua Pengarang Reader抯 Digest Asia, Jim Plouffe.
gam_gajah posted at 2-11-2006 09:49

cuba la buat senyap2 (batu api ni…)

klw kita meninggal nnt, keluarga tak benarkan, anggap je la takde rezeki.
tp mana la tau kan, bila kita meninggal nnt, Allah bukakan hati diorang utk merestui niat kita nak derma organ tu, Alhamdulillah.
sherrina posted at 2-11-2006 17:24

ataupun saya buat wasiat siap2 (will writing) supaya perkara tu dibenarkan selepas saya mati….tapi of course saya register lah dulu masa hidup ni…what do u think?
Syd posted at 2-11-2006 17:28

sape waris yang boleh argue benda nih ek?
mana tahu
nak bawak p mahkamah laa
ini laa itu lah

kalau belum kawin? mak bapak lah ya?

kalau kita dah kawin, suami kita izinkan.

then waris yang lain berhak tak bantah?
gam_gajah posted at 2-11-2006 17:55

yg saya tau, paling berhak, husband & parents la….

klw dah kawin pun, parents masih berhak lagi kan. ke dah tak berhak dah?
waris lain tu tak tau lak….

mungkin boleh tanya sendiri kat national transplant.
saya pernah call opis ni, sampai gaduh ngan yg angkat tepon tu, sgt la tak mesra alam minah tu. mintak nak cakap ngan org yg incharge, dia kata doktor2 tu semua ada patient la, ada operation la… masa tu mmg ingat nak pi sendiri opis tu, nak berdepan je.

camna la diorang nak approach org utk donate organ klw jabatan tu sendiri mmg hampehhh. klw org nak donate pun boleh cancel tgkkan perangai depa ni.
sherrina posted at 2-11-2006 22:50

ye ke gam….meh sherrina cuba call nak tgk berhemah ke tak…pusat darah negara pun mcm tu gak. nak amik darah tp muka masam
gam_gajah posted at 3-11-2006 10:05

try la sherrina. saya dulu yg buat naik angin tu pasal dah antar form tu punya la lama, tp dpt2 gak kad hijau tu. so saya call la nak buat follow up

saya tanya la prosedur & proses permohonan etc sbb nak tau gak apa yg diorang buat sampai lambat sgt nak keluarkan kad hijau tu. tp yg angkat tepon tu takleh jawab. bila saya nak cakap ngan org lain, dia kata semua org takde, tinggal dia jer.

saya pun kata la, kalau camni la punya servis yg diorang bagi, jgn harap la kempen derma organ ni akan berjaya. sedangkan saya yg mmg volunteer nak derma ni pun dah naik fed-up. saya yg nak derma, saya lak kena follow up. patutnya diorang la kena hantar aknowledgement / call org2 yg nak derma tu, apa la salahnya bgtau yg borang dah diterima & sedang diproses etc

saya bgtau jugak, klw proses nak keluarkan kad tu sendiri amik masa berbulan, mmg teruk la. buatnya saya mati dlm tempoh tu, kan diorang dah rugi pasal saya takde bukti yg saya ni nak derma organ. berapa ramai gak yg rugi sbb tak dpt manfaat dr kematian saya tu.

klw nak tau, kad hijau tu tersangat la low class, ntah haper2 jer, senang terkoyak & klw kena air, mmg boleh kembang smp tak nampak tulisan. tu yg diorang nasihatkan kita laminate kad tu. klw kad tu standard sgt, berbaloi gak la nak tunggu lama.
Syd posted at 3-11-2006 11:59

Organ bukan hak milik mutlak kita

Pendapat

RASA tamak terhadap hak milik peribadi menjadi antara sebab kempen pendermaan organ tidak begitu mendapat sambutan. Senario ini menyebabkan 9,000 pesakit yang menunggu untuk mengganti buah pinggang misalnya, dikatakan berkemungkinan akan menutup mata lebih awal daripada sepatutnya.

Dengan kadar 2,500 pesakit buah pinggang kronik setiap tahun, keperluan pendermaan buah pinggang menjadi sangat terdesak, justeru usaha-usaha untuk memberi kesedaran tentang peri- mustahaknya pendermaan organ mesti dijadikan misi nasional.

Oleh kerana pendermaan organ tidak ditegah oleh agama, maka soal tidak sanggup menderma organ termasuk mewasiatkan pendermaan organ-organ yang diperlukan oleh mereka yang masih ada sisa-sisa hidup tidak sepatutnya timbul sama sekali.

Jika dihalusi, difikir dan direnung dalam-dalam, kita akan sedar bahawa hakikatnya apa sahaja yang kita miliki termasuk pancaindera bukan hak milik kita mutlak. Buktinya kita tidak mampu untuk menjadikan pancaindera kita berfungsi sebagaimana yang kita mahukan. Sebaliknya kita kena akur dengan apa yang telah ditetapkan oleh pemilik hakiki iaitu Allah Maha Pencipta.

Sebagai contoh, kita tidak boleh mengarahkan mana-mana bahagian pancaindera kita supaya jangan rasa sakit apabila sakit, termasuk perut supaya jangan lapar atau kenyang walaupun tidak menjamah makanan.

Itu adalah antara bukti bahawa pancaindera yang kita dakwa adalah hak mutlak peribadi kita pada hakikatnya bukan hak kita, tetapi hak Allah. Justeru kenapa kita mesti tamak terhadap apa yang bukannya hak mutlak kita.

Oleh itu kita mesti sanggup menderma organ-organ kita, khususnya apabila tempoh hayat kita sudah berakhir dan ada orang lain yang masih panjang hayatnya memerlukan organ untuk hidup dengan sihat.

Lagipun pahala paling besar dalam ibadah derma dan sedekah jariah ialah dengan menderma dan menyedekahkan apa-apa yang kita miliki dan yang paling kita sayangi. Kalau kita masih ada hayat, buah pinggang adalah antara organ yang kita sayangi.

Ertinya kalau dengan menderma sebelah buah pinggang tidak mengganggu kesihatan kita dan pada masa yang sama membantu memulihkan kesihatan orang lain, ia merupakan sedekah jariah yang sangat tinggi nilainya.

Begitu juga kalau kita menderma mana-mana organ melalui wasiat apabila kita dipanggil pulang ke alam barzakh, balasannya adalah pahala.

Oleh kerana itu alim ulama bertauliah mesti secara jujur memberi fatwa supaya kekeliruan tentang boleh atau tidak boleh, halal atau haram pendermaan organ dapat difahami dengan jelas.

Dalam pada itu setiap orang mesti sedar tentang konsep tangan di atas lebih mulia daripada tangan di bawah dalam soal derma dan sedekah.

Ertinya setiap orang kena berusaha untuk mengelak daripada ditimpa penyakit yang sengaja dicari sendiri seperti merokok.

Walaupun mungkin dengan pemindahan organ orang lain kita akan sembuh, namun dari segi nilainya, penderma organ adalah lebih mulia daripada penerima organ, lebih-lebih lagi yang mendapat penyakit kerana sengaja dicari sendiri.

Maknanya mengambil langkah ke arah pencegahan kepada kemungkinan menghidap sesuatu penyakit adalah langkah terbaik daripada mengharapkan derma organ orang lain untuk mengubati penyakit yang sengaja kita cari kerana kecuaian dan tabiat buruk kita sendiri.

RAMLI ABDUL HALIM,

Kota Bharu, Kelantan.
sherrina posted at 4-11-2006 21:39

akak gam,
bleh tak akak tuliskan satu surat email pada Utusan sebagai balasan kenapa org taknak derma akibat faktor yg akak citer diatas tu. Management need to know how slow the service is, layanan buruk, kad buruk dsbnya.
Syd posted at 6-11-2006 10:01

Manusia mati meninggalkan organ

ISU menderma organ sama sahaja seperti isu menderma darah pada 20 tahun yang lalu. Pada masa itu, ramai orang yang enggan menderma darah dengan memberi pelbagai alasan dan menyelubungi diri dengan rasa takut.

Malah, tidak kurang juga ramai yang mementingkan diri kerana tidak tahan sakit dan tidak berani melihat darah menjadi dalih untuk tidak menderma darah. Walau bagaimanapun, persepsi itu bertukar apabila banyak media massa memikul tanggungjawab bagi menyebarkan isu menderma darah, banyak pertubuhan bukan kerajaan mengambil langkah menjayakan kempen-kempen menderma darah, pihak tabung darah yang memberi bantuan termasuk hari cuti dan hari minggu serta pelbagai pihak yang menerajui kempen-kempen kesedaran tentang pendermaan darah.

Penghijrahan minda ini banyak juga berlaku apabila mereka yang enggan menderma darah mula memerlukan darah. Ramai yang membuka minda untuk menderma darah apabila diri sendiri memerlukan darah atau terdapat saudara- mara yang perlu diselamatkan nyawa. Sungguhpun begitu, kadar pendermaan darah kian meningkat dan ada sesetengah tabung darah menerima berpuluh-puluh penderma setiap hari. Di mana-mana sahaja kita kedengaran ada kempen menderma darah.

Namun, berlainan pula dengan pendermaan organ. Ramai yang masih ragu-ragu untuk mengikrarkan diri sebagai penderma selepas meninggal nanti. Apabila isu kematian dibangkitkan, ramai juga yang tidak senang hati. Masih ramai yang terperuk dalam persepsi sendiri yang salah mengenai isu agama yang tidak membenarkan pendermaan organ selepas meninggal dunia. Malah, ramai yang belum pernah mendengar tentang pemindahan organ dan tidak sedar yang organ boleh diderma selepas meninggal.

Oleh sebab itulah, tidak hairan penulis begitu gembira apabila Utusan Malaysia, memaparkan tentang isu ini. Bahkan paparan itu diterbitkan di muka hadapan dengan tajuk besar untuk dua hari berturut-turut.

Baru-baru ini juga, Anita Sarawak turut mendukung isu ini apabila isu ini dibincangkan melalui rancangan Bersama Anita yang disiarkan di Astro Ria. Banyak kempen menderma darah sekarang turut menyediakan kemudahan untuk mereka yang ingin menjadi pengikrar pendermaan organ. Seminar-seminar agama mengenai isu ini hebat dibincangkan pada awal kempen kesedaran menderma organ, malah ada yang disiarkan melalui RTM.

Penulis percaya, dengan adanya teknologi moden dan Internet sekarang, perkara ini tidak perlu mengambil masa berdekad-dekad untuk diterima oleh rakyat. Di negara Sepanyol, lebih daripada separuh populasinya adalah pengikrar penderma organ.

Penulis banyak mengikuti perkembangan isu ini sejak mengikrar menjadi penderma organ semasa umur 13. Pelbagai langkah telah diambil untuk menangani masalah yang dihadapi oleh penderma atau pengikrar. Satu kad penderma organ seragam untuk rakyat Malaysia telah dikeluarkan pada tahun 1995 dan satu badan khas, Pusat Sumber Transplan Nasional telah ditubuhkan.

Sebelum itu, penderma mengikrar untuk menderma buah pinggang melalui Yayasan Buah Pinggang Nasional (NKF), mata melalui Persatuan Orang-Orang Buta Malaysia (MAB) dan hepar melalui Yayasan Hepar Malaysia. Kerajaan juga pernah berbelanja banyak untuk mengiklankan pendermaan organ.

Banyak lagi langkah-langkah yang perlu dijalankan untuk meneruskan usaha murni ini. Internet harus digunakan untuk memperluaskan kempen-kempen kesedaran dalam isu ini. Borang pendermaan organ harus didapati dengan mudah melalui Internet. Penulis sendiri menyediakan ruang di laman web peribadi untuk tujuan ini. (Silalah layari [url]http://fredjef.com/orgs/form.html)[/url]

Statistik menunjukkan lebih daripada 30 peratus pengikrar pendermaan organ adalah dalam lingkungan umur 20-an dan 30-an. Langkah-langkah perlu diambil untuk menarik lebih ramai pengikrar yang lebih tua. Tidak dinafikan memang masih banyak halangan persepsi golongan tua tentang budaya, kepercayaan dan adat masing-masing.

Agama juga memainkan peranan penting dalam isu ini. Sebagai contoh, semasa Hari Wesak sahaja lebih daripada 600 borang pengikrar pendermaan organ diterima. Jika langkah ini berjaya menarik minat penganut agama itu, penulis dengan rendah diri mencadangkan isu ini dijadikan topik semasa sembahyang Jumaat dan borang pendermaan organ disediakan di masjid. Langkah yang sama boleh dilakukan di kuil dan tokong.

Walau apa langkah yang dilakukan, semuanya tidak akan berkesan jika manusia sendiri tidak membuka minda untuk menerima isu ini. Justeru, penulis menyeru agar orang ramai dapat berganding tangan dalam membantu saudara sejagat kita menerima cahaya baru apabila 揺njin dalam badannya sudah gagal berfungsi. Semua ini hanya memerlukan beberapa minit sahaja untuk mengisi borang pendermaan organ dan siapa tahu 揺njin andalah yang akan tinggal di bumi ini untuk terus berbakti walaupun anda sudah meninggal. Pepatah Melayu mengatakan 揌arimau mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan gading, manusia mati meninggalkan nama dan kali ini penulis menyeru agar manusia mati meninggalkan organ untuk terus berbakti di dunia ini.

Chew Hoong Ling,

Presiden Lions Club of CyberCare Kuala Lumpur.
Syd posted at 6-11-2006 10:17

Derma organ: Antara mitos dan realiti
Oleh Mohd. Shauki bin Abd. Majid

SYARIAT Islam merupakan syariat terakhir yang membawa petunjuk Ilahi bagi seluruh umat manusia. Di antara keistimewaannya, ia bersifat umum, abadi dan meliputi segala lapangan kehidupan.

Di dalamnya, di samping diletakkan dasar-dasar dan hukum-hukum yang mampu memenuhi keperluan umat manusia di sepanjang zaman, juga diberikan pula beberapa faktor kelapangan dan keluasan serta hak untuk berijtihad, terutama bagi para ulamanya, dalam masalah-masalah yang tidak ditetapkan oleh dalil qath抜 (pasti)

Dengan ijtihad ini, syariat Islam akan mampu menghadapi persoalan-persoalan baru yang semakin kompleks yang belum diputuskan seperti pemindahan organ badan dari orang yang mati kepada yang masih hidup. Justeru sesuai dengan perkembangan zaman, banyak masalah yang memang menuntut kehadiran ijtihad khusus dalam mencari pemecahan hukum yang sesuai dengan nilai-nilai ajaran Islam.

Hal ini perlu dilakukan demi memelihara kehidupan manusia. Prinsip ijtihad, selama tetap dipraktikan akan merupakan elemen yang dinamis dalam hukum Islam. Ijtihad memang perlu dilakukan sekalipun syarat dan tentangan yang berkembang semakin berat dan kompleks.

Menderma organ telah lama dijelaskan oleh ulama kita untuk menghilangkan keraguan yang timbul dalam masyarakat. Walau bagaimanapun ia hanya pandangan ijtihadiah semata-mata. Dan setiap pandangan ijtihadiah itu pastilah memerlukan perbincangan daripada ulama hari ini. Ini terutamanya mengenai masalah-masalah yang baru timbul yang belum didapati dari pandangan ulama yang terdahulu.

Umumnya kita mengetahui bahawa seseorang itu didalam sesuatu masalah ijtihadiah (khilafiah) tidak boleh mengakui pendapatnya sahaja yang betul dan tepat. Justeru Imam Syafii pernah menegaskan terhadap pandangannya dalam masalah khilafiah ini dengan mengatakan bahawa 損andanganku betul dan tepat tetapi berkemungkinan silap, sedangkan pendapat orang lain adalah salah tetapi berkemungkinan adalah betul .

Dalil

Umumnya juga bahawa pendapat seseorang itu boleh diterima pakai sekiranya ia bertepatan dengan dalil-dalil dan kalau tidak pendapatnya juga boleh kita tolak kalau tidak bersesuaian dengan dalil atau nas-nas yang ada. Rasulullah s.a.w. dalam hal ini telah memberi garis panduan dalam masalah ijtihadiah dengan sabdanya yang bermaksud: Setiap mereka yang berijtihad sekiranya betul dan tepat dalam memberi pendapatnya akan beroleh dua pahala tetapi sebaliknya jika tidak tepat ia cuma mendapat satu ganjaran sahaja. Dalam persoalan menderma organ ini para ulama berselisih pendapat di mana ada yang mengatakan tidak harus seperti pandangan ulama Sheikh Al-Mutawali. Pendapat ini berdasarkan fahaman dan pandangannya sendiri. Manakala Sheikh Yusuf Al-Qardhawi mengatakan ianya harus dan ini semua berdasarkan pandangan masing-masing. Menurut beliau, anggota manusia juga merupakan barang miliknya yang dikurniakan Allah kepadanya seperti juga barang dan harta miliknya yang lain. Sebagaimana harus bagi seseorang itu menderma dengan sebahagian dari hartanya untuk faedah orang lain, begitu juga harus baginya menderma dengan sebahagian daripada anggota tubuh badan kepada mereka yang memerlukannya. Ini bergantung kepada keperluan hidup seseorang itu sendiri sebagaimana seseorang itu tidak boleh membinasakan dirinya untuk menyelamatkan orang lain seperti masuk ke dalam api (untuk menyelamatkan orang lain) yang boleh membinasakan diri. Ini berdasarkan sebuah hadis nabi yang bermaksud: Sesuatu kemudaratan tidak boleh dihilangkan dengan kemudaratan yang sama atau lebih besar lagi.

Persoalanya sekarang apakah harus seseorang menderma (wasiat) anggotanya selepas mati. Apa yang jelas bila perkara itu boleh dilakukan semasa hidup dengan kemungkinan boleh membahayakan nyawa maka apa lagi pastilah ia boleh berwasiat untuk menderma anggotanya selepas mati

Sebenarnya niat untuk membantu orang lain untuk meneruskan hidup sesungguhnya mereka ini akan diberi pahala yang cukup tinggi. Saidina Umar pernah menegaskan kepada sahabatnya: Sesuatu yang dapat membantu atau memberi manfaat kepada saudaramu dan langsung tidak menyakitinya, kenapa seseorang itu ingin menegahnya. Dari hadis ini apa yang dapat dipetik bahawa amalan dan niat untuk membantu sesama manusia demi kesejahteraan hidup amat dituntut oleh agama. Boleh jadi mitos yang dikaitkan dengan pendermaan organ yang dikatakan bertentangan dengan ajaran agama ialah mereka yang berpegang dengan hadis yang mengatakan mematahkan mayat itu sama dengan mematahkan tulang orang yang hidup (maksud hadis). Memang benar jika ia dilakukan tanpa tujuan yang dibenarkan oleh agama iaitu melakukan sesuatu yang dapat menyakiti mayat tersebut.
Syd posted at 13-11-2006 15:28

Budaya derma organ mesti disuburkan

JIKA dulu hanya darah yang boleh didermakan. Kini dengan kemajuan berterusan bidang perubatan, senarai organ dan tisu yang boleh didermakan turut bertambah. Perkembangan ini sedikit sebanyak memberi harapan kepada pesakit.

Selagi tiada kaedah baru bagi merawat masalah kerosakan fungsi organ, selagi itulah pesakit yang menderita penyakit berkenaan terpaksa bergantung pada teknologi pemindahan organ.

Sungguhpun begitu teknologi ini nampaknya tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya kerana bilangan organ yang didermakan terlalu kecil seakan-akan tidak signifikan berbanding bilangan pesakit yang menunggu dan sekali gus meletakkan harapan yang ada itu rupa-rupanya masih jauh daripada kenyataan.

Pendedahan mengenai ribuan pesakit yang memerlukan pemindahan organ terutama buah pinggang, sedikit sebanyak menaikkan melankolia dan menyentuh perasaan ramai. Penting diketahui bahawa mereka berpeluang meneruskan kehidupan yang sihat sekiranya mendapat organ gantian yang sesuai menerusi pendermaan organ.

Tetapi, perlu juga diakui bahawa derma organ tidak sama seperti menyerahkan sebahagian harta bagi tujuan kebajikan dan sebagainya.

Oleh itu apa juga perkara yang menghalang dan menakutkan kebanyakan bakal penderma perlu ditangani secara psikologi supaya mereka berasa bebas, berani dan tidak rasa kerugian.

Walaupun ramai menyayangi badan sendiri, ia bakal menjadi sisa-sisa tanah apabila meninggal dunia. Sekiranya dipindahkan kepada pesakit yang memerlukan, ia menjadi sumbangan yang tidak terhingga nilainya terhadap pemulihan status kesihatan golongan yang memerlukannya.

Derma organ adalah peluang keemasan bagi kita untuk membantu golongan pesakit tanpa mengira status dan kedudukan. Jangan jadikan penantian mereka seakan-akan menunggu buah tidak gugur. Budaya fikir perlu berubah supaya tindakan menderma organ menjadi kelaziman di negara ini. Kita perlu berfikir untuk orang lain juga, selain diri sendiri!

KAK B
08400 Merbok, Kedah.
Syd posted at 20-11-2006 11:16

Berwasiat dengan anggota badan
SOALAN: Adakah harus kita berwasiat untuk berderma dengan anggota badan sesudah meninggal nanti dan bolehkah orang Islam menerima anggota badan daripada orang bukan Islam?

Abdul Rahman Othman, Kuala Lipis.

Jawapannya: Apa yang jelas, sekalipun terdapat sebarang kemungkinan kesakitan tetapi ianya tidak boleh menghalang kebaikan atau derma tersebut sama ada dengan wasiat atau lainnya kerana ianya dapat membantu secara khusus terhadap mereka yang berhajat.

Apa lagi melihatkan anggota tersebut akan hancur menjadi tanah selepas beberapa hari sahaja, dan bila anggota tersebut diwasiatkan untuk didermakan kepada orang lain kerana membantu mereka yang memerlukannya semata-mata untuk keredaan Allah, dia pasti akan beroleh pahala ganjarannya atas niat dan tujuannya yang baik itu. Sedangkan tidak terdapat sebarang dalil yang dapat menghalanginya sedangkan urusan itu adalah halal.

Sebab itu dalam urusan kehidupan ini, Umar pernah menegaskan dengan katanya perkara yang dapat membantu dan memberi manfaat kepada kita dan tidak ada sebarang kemudaratannya kenapa kita ingin menolaknya? Boleh jadi ada mereka yang berdalil dengan hadis yang bermaksud: mematahkan tulang mayat itu sama hukumnya dengan mematahkan tulang orang yang hidup. (Ahmad Ibnu Majah Abu Daud).

Memanglah kalau tanpa ada sebarang tujuan, tidak harus kita menyakiti mayat apa lagi mereka yang masih hidup, tetapi kalau ada tujuan seperti berubat, kajian pelajaran atau untuk mengembalikan hak, maka perbuatan yang boleh menyakiti mayat itu di bolehkan pula malah amalan tersebut sekarang dapat dilakukan dengan cara terhormat dan selamat tanpa ada kesakitan lagi. Atau dipersoalkan dengan perbuatan salaf yang mana mereka tidak pernah berbuat demikian, sedangkan segala kebaikan itu dengan mengikuti mereka.

Untuk menjawabnya, berapa banyak amalan yang kita amalkan hari ini tetapi tidak pernah dilakukan oleh para salaf kerana tidak ada pada masa mereka. Tetapi yang menjadi kesalahan itu sekiranya sesuatu itu ada pada masa mereka dan perlu dilakukan tetapi mereka tidak mahu melakukannya juga, barulah perbuatan itu benar-benar salah dan bidaah. Tetapi derma tersebut tidak pernah wujud pada masa itu. Walau bagaimanapun janganlah sampai keseluruhan badannya hendak didermakannya sehingga tidak ada lagi yang hendak dikapan dan ditanam.

Adapun anggota orang bukan Islam adalah sama sahaja dengan anggota orang Islam, kerana yang dikira kotor dan najis itu ialah kepercayaan dan akidah mereka sahaja, seperti firman Allah s.w.t. dalam surah at-taubah ayat 28 yang bermaksud: Sesungguhnya orang musyrik itu adalah najis sedangkan tubuh badan mereka adalah suci sama dengan orang Islam juga boleh diterima dan menerima anggota mereka masing-masing. Malah kata ulama kita hari ini kalau dengan anggota haiwan yang najis sekalipun ada juga hukumnya, sekiranya sudah termasuk dalam bab darurat, kerana ianya sudah mempunyai hukumnya yang tersendiri iaitu dibolehkan sekadar keperluan sahaja. Wallahualam.
sherrina posted at 20-11-2006 13:17

thanks Syd for all the articles. I guess sudah tidak ada alasan lagi….
Syd posted at 21-11-2006 09:35

Pindah organ penderma jalani ujian teliti
Oleh ZUNAIDAH ZAINON

PENDERMAAN organ masih lagi mencetuskan kebimbangan masyarakat kerana wujudnya pelbagai tanggapan berhubung tindakan tersebut terutama berkaitan isu agama dan kesihatan.

Selain isu agama, misalnya, ada yang menganggap, tahap kesihatan mereka akan terjejas sekiranya salah satu buah pinggang telah didermakan kepada orang lain.

Ketua Unit Nefrologi dan Dialisis, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Prof. Datin Dr. Norella Kong menjelaskan, sebelum pemindahan organ dilakukan, penderma yang masih hidup perlu menjalani ujian-ujian yang ditetapkan bagi memastikan tahap kesihatan berada dalam keadaan baik. Ujian sebanyak tiga kali akan dilakukan berkenaan dengan fungsi buah pinggang.

Sekiranya penderma mengalami masalah seperti tekanan darah abnormal, kandungan glukosa dalam darah yang tinggi atau fungsi buah pinggang terjejas walaupun sedikit, mereka tidak akan diterima sebagai penderma organ.

揝elain ujian ke atas penderma, kami akan berikan kaunseling kepada penderma supaya mereka bersungguh-sungguh untuk menderma dan bukannya paksaan sesiapa.

Contohnya, Dr. Sabrizan bertuah kerana kakak kandungnya secara sukarela mendermakan buah pinggangnya, katanya kepada Mega, baru-baru ini.

Kebiasaannya, tidak ada kesan buruk yang berlaku tetapi penderma mesti faham bahawa pembedahan itu melibatkan pemindahan organ daripada orang yang masih hidup dan transplan ke badan penerima.

Sebelum pembedahan dijalankan, penderma akan dirujuk kepada pakar psikiatri dan pakar yang membuat pembedahan pemindahan buah pinggang. Ini melibatkan tanggungjawab yang cukup berat sama ada pakar bedah dan pakar nefrologi.

Dr. Norella yang mempunyai kepakaran dalam bidang nefrologi selama 25 tahun berkata, pesakit yang menjalani pembedahan pemindahan organ mempunyai 95 peratus peluang untuk hidup seperti normal. Kebanyakan yang bermasalah disebabkan jangkitan atau infeksi ubat-ubatan imunosupresif yang diambil bagi mengurangkan daya ketahanan badan terhadap organ yang dipindah. Malah tindak balas imun badan terhadap kuman sedikit sebanyak akan terjejas.

Menurutnya, keputusan buah pinggang sepadan diperoleh sekiranya ia didermakan daripada orang yang masih hidup terutamanya yang mempunyai talian darah seperti ibu, bapa atau adik-beradik. Keputusan sama ada organ tersebut sesuai atau tidak bergantung kepada Human Leucocytee Antigen (Tisu Antigen).

Ibu atau bapa kandung adalah penderma yang sepadan kerana kebiasaannya mempunyai gen dan kromosom yang sesuai. Bagi adik-beradik pula, peluang kesepadanan mencapai 50 peratus, tidak sepadan (25 peratus) dan sepadan dalam semua aspek (25 peratus). Pihak hospital kebiasaannya akan mencadangkan agar semua adik-beradik menjalani pemeriksaan bagi mencari buah pinggang yang sepadan.

Keadaan berbeza pula apabila memperoleh buah pinggang daripada pesakit muda yang disahkan mati otak. Dalam kes sebegini, pihak hospital akan mendapatkan kebenaran daripada keluarga atau saudara mara terdekat.

揂pabila pesakit disahkan mati otak, ia akan dirujuk kepada bahagian nefrologi bagi memastikan keadaan pesakit stabil dan tiada jangkitan sebelum memohon kebenaran keluarga. Tetapi bukan mudah pihak keluarga atau saudara mara memberi kebenaran dan kadang-kadang ia mengambil masa yang lama. Sedangkan dalam kes mati otak, fungsi badan akan terjejas dalam tempoh 24 hingga 48 jam, ujar Dr. Norella.

Tambahnya, keadaan ini menyebabkan sesetengah pesakit yang disahkan mati otak tetapi mempunyai organ yang masih dalam keadaan baik tidak dapat diambil tanpa kebenaran keluarga. Bagaimanapun, kebanyakan masyarakat yang beragama Buddha, Hindu atau Kristian tidak mempunyai halangan untuk mendermakan organ ahli keluarga yang disahkan mati otak berbanding Melayu.

Menurut Dr. Norella, dalam setahun, lebih kurang 12,000 pesakit menjalani dialisis kronik. Antara mereka, mungkin 40 peratus layak menjalani pemindahan buah pinggang sekiranya mendapat penderma organ. Dicatatkan, dalam tempoh tersebut, hanya 15 hingga 20 pesakit yang meninggal dunia akibat mati otak menderma buah pinggang mereka, manakala 30 diperoleh daripada penderma hidup.

揔eadaan ini tidak dapat menampung pesakit buah pinggang yang memerlukan organ baru untuk meneruskan hidup mereka. Atas sebab itu, ada yang mengambil keputusan untuk menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang di India atau China kerana kos yang murah dan mudah mendapatkan organ di pasaran gelap.

揔ita tidak mahu keadaan ini berlaku kerana dikhuatiri berlaku jangkitan pada organ tersebut, katanya mengenai kesan yang akan berlaku akibat kurangnya kesedaran menderma organ di kalangan rakyat Malaysia.
Syd posted at 21-11-2006 09:36

Organ menyambung nyawa Dr. Sabrizan dan Mazlan
Oleh ZUNAIDAH ZAINON

[img]http://www.utusan.com.my/pix/2006/1121/Utusan_Malaysia/Bicara_Agama/ba_02_big.jpg[/img]
DR. NABIHAH Shamsuddin banyak membantu suami, Dr. Sabrizan Osman dalam menjaga kesihatannya termasuk makan minum dan sokongan moral.
——————————————————————————–

PERNAHKAH terlintas di fikiran kita walau sesaat atau seminit untuk berkongsi derita dengan orang lain yang berada di persimpangan antara hidup dan mati? Atau pernahkah kita menyoal diri sendiri tentang kesanggupan kita mendermakan organ akan memberikan kehidupan baru kepada kepada pesakit yang benar-benar memerlukan organ baru?

Ikuti pengalaman mereka yang memperoleh kehidupan baru setelah ada insan mulia yang sanggup mendermakan organ demi melihat orang lain hidup bahagia.

Pengalaman 1

Ruang hidupnya tiba-tiba gelap. Masa depan yang disangkanya menjanjikan kehidupan bahagia di sisi keluarga tercinta seolah-olah kabur. Yang kelihatan, hanyalah jalan-jalan samar menuju ke puncak kejayaan. Kehidupan bahagia yang ditempuh Dr. Sabrizan Osman tergugat apabila beliau menunjukkan tanda-tanda mengalami kerosakan buah pinggang yang serius.

Ketika itu, beliau berada di tahun dua Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Sukar menerima hakikat dirinya sakit pada usia muda menyebabkan Dr. Sabrizan berperang dengan perasaannya sendiri. Bagi mendapatkan rawatan lanjut, beliau kemudiannya dirujuk ke Klinik Nefrologi, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

揝aya dinasihatkan berjumpa dengan Timbalan Dekan Fakulti Perubatan untuk memaklumkan tentang penyakit yang saya alami. Beliau kemudiannya bertanya kepada saya, sama ada mampu atau tidak meneruskan pengajian kerana sebagai bakal doktor saya perlu berada pada tahap kesihatan yang baik.

揘amun, saya tetap yakin boleh meneruskan pengajian dan menjalankan tugas sebagai doktor dengan sempurna, katanya.

Beliau sudah berumahtangga dengan Dr. Nabihah Shamsuddin, 25, yang dikenalinya sejak di matrikulasi UKM. Isterinya bertugas di Wad Kecemasan Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan.

Cerita Dr. Sabrizan, ibunya adalah insan pertama yang ingin mendermakan salah satu buah pinggangnya demi melihat anak kesayangannya dapat meneruskan hidup seperti biasa. Tetapi umurnya sudah melebihi 60 tahun dan keadaan kesihatan pula tidak mengizinkan.

Namun, atas nilai kasih sayang keluarga yang tidak berbelah bagi, anak ke-10 daripada 11 adik- beradik ini memperoleh 慿ehidupan baru apabila kakaknya, Salbiah Osman, 31, menawarkan dirinya mendermakan buah pinggang. Tindakannya itu bukan atas permintaan atau paksaan sesiapa tetapi kerana ikatan kasih sayang yang utuh antara mereka.

揔akak kasihankan saya sebenarnya. Dia tidak sanggup melihat saya terpaksa membawa kotak air yang berat semasa menjalani rawatan Permanent Continous Ambulatory Dialisis selama dua tahun.

揜awatan itu perlu dilakukan empat kali sehari dengan mengambil masa enam jam, ujarnya yang mengakui cukup terharu dengan pengorbanan kakaknya hingga tidak mampu dibalas sampai bila-bila.

Beliau menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang selepas menamatkan peperiksaan semester akhir. Dalam tempoh tersebut, kakaknya terpaksa berulang-alik antara Sungai Petani dan Kuala Lumpur untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. Walaupun, ada yang menyatakan, sebagai doktor, beliau boleh diberikan keutamaan mendapatkan penderma tetapi ia tetap sukar kerana senarai menunggu masih ramai.

Kini, selepas empat bulan menjalani pembedahan tersebut, beliau mengakui dapat menjalankan tugasnya dengan lancar sebagai doktor di Klinik Sakit Puan, Hospital Tuanku Jaafar termasuklah menerima tugasan on call.

揝ebagai penerima, saya memang berharap ada orang yang menderma. Tetapi perasaan takut tetap ada kerana bimbangkan kesan ke atas penderma. Dulu sebelum terima organ, saya tercari-cari orang yang pernah mengalaminya tetapi tak jumpa.

揝ekarang pula, ramai pesakit yang tahu saya pernah menjalani pembedahan tersebut, datang berjumpa dengan saya dan berkongsi masalah mereka, ujar Dr. Sabrizan.

Bagaimanapun, katanya, sepanjang tempoh disahkan mengalami kerosakan buah pinggang yang serius, beliau banyak memikirkan tentang keluarga dan masa depan.

Tambahan pula, beliau merupakan satu-satunya dalam ahli keluarga yang bakal bergelar doktor. Pengalaman yang ditempuhinya, semakin menguatkan ikatan kasih sayang antara keluarga. Tanpa sokongan keluarga, isteri dan keluarga mertua, adalah mustahil untuk beliau bangkit melihat kehidupannya dengan lebih positif.

Pengalaman 2

Mazlan Hassan, 45, yang bertugas sebagai penyelia di Proton, Shah Alam disahkan mengalami penyakit jantung yang serius pada 2000. Sebelum itu, beliau tidak pernah diserang sakit jantung melainkan sering berasa letih, penat dan tidak boleh tidur pada waktu malam.

揔etika itu, saya mendapatkan rawatan di klinik panel dan kemudiannya dirujuk ke Hospital Darul Ehsan, Shah Alam. Doktor yang merawat mengesahkan kerosakan jantung saya amat serius. Apabila keadaan saya semakin kronik, saya terus dirujuk ke Institut Jantung Negara (IJN), cerita Mazlan yang mempunyai tiga orang anak berusia antara 15 hingga lapan tahun.

Semasa dirawat di wad IJN, beliau merasakan hidupnya seolah-olah tidak bermakna memandangkan keadaannya amat tenat. Nyawanya hanya boleh diselamatkan dengan pembedahan pemindahan jantung. Tetapi pembedahan yang bakal dilakukan hanya mempunyai peluang 50-50 memandangkan beliau mengalami jangkitan paru-paru pada masa itu.

揔ebetulan, saya dimaklumkan oleh IJN ada jantung yang didermakan tetapi tiada penerima yang sesuai melainkan saya. Setelah melalui proses ujian dan pemeriksaan, saya terus menjalani pembedahan pemindahan organ.

揝aya reda dan sanggup mengambil risiko walaupun peluang saya hanyalah 50-50. Terus terang saya katakan, sebelum ini saya tidak pernah tahu apakah yang dimaksudkan dengan transplan hinggalah saya sendiri yang melalui pengalaman tersebut, katanya yang aktif mengumpul pelbagai maklumat mengenai pendermaan organ.

Pada masa yang sama beliau turut aktif mengikuti seminar yang dianjurkan oleh IJN dan berkongsi pengalaman dengan para peserta.
Syd posted at 21-11-2006 09:41

Fatwa derma organ

Sejarah awal mengharuskan pendermaan organ dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Negeri Perlis pada 6 November 1965 iaitu menerusi pendermaan kornea. Majlis Fatwa Kebangsaan sejak 23 Jun 1970 menetapkan garis panduan tertentu yang mengharuskan pendermaan dilakukan iaitu:

- Pemindahan organ boleh dilakukan selepas tiada pilihan atau jalan akhir untuk menyelamatkan seseorang yang organnya tidak berfungsi.

- Penderma atau pengikrar organ sudah disahkan meninggal dunia.

- Kebenaran diperoleh daripada ahli keluarga si mati.

- Tidak ada unsur perdagangan atau jual beli bagi organ itu.

Fatwa derma organ

Kategori: Sosial/Syariah

Tajuk: Hukum Pemindahan Organ Dan Mati Otak

Isu: Pemindahan organ atau derma organ dan hukum mereka yang telah mati otaknya menurut doktor perubatan.

Keputusan Lujnah Fatwa:

1. Pemindahan atau pendermaan organ adalah haram dalam keadaan bukan darurat, manakala hukumnya harus dalam keadaan darurat.

2. Orang yang mati otak adalah dihukumkan mati.

Bagaimanapun sebelum dibenarkan untuk melakukan pemindahan atau pendermaan atau melakukan ke atas orang yang mati otak, ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi untuk memelihara kesucian Islam:

i) Pemindahan organ ada dua keadaan iaitu:

a) Keadaan penderma masih hidup

- Menjalankan kajian perubatan dengan cara terperinci dan profesional tentang kebaikan dan keburukan pemindahan ini, kejayaan dan kegagalan pemindahan.

- Dengan reda penderma, tanpa paksaan.

- Sudah dipastikan pemindahan itu berjaya pada kebiasaannya.

- Keadaan darurat yang mendesak bagi menyelamatkan nyawa orang yang didermakan kepadanya, terutama yang ada hubungan nasab dan keluarga.

- Organ yang dipindahkan bukan dijadikan dagangan dan jual beli, dagangan dan jual beli hanya akan mengundang perbuatan khianat yang memberi mudarat kepada penerima, memberi keuntungan kepada orang tengah dan juga kesempatan kepada doktor-doktor yang tidak bertanggungjawab mengaut keuntungan.

- Kebenaran bertulis daripada penderma dan penderma dibolehkan menarik balik pada bila-bila masa.

- Organ yang diperlukan lebih dari satu.

b) Keadaan penderma yang telah mati

- Menjalankan pemeriksaan perubatan dengan cara terperinci dan profesional tentang kebaikan dan keburukan pemindahan ini, kejayaan dan kegagalan pemindahan, ia memerlukan pemeriksaan rapi.

- Dengan reda penderma, melalui wasiat ataupun waris-waris dan perakuan daripada kerajaan.

- Sudah dipastikan pemindahan itu berjaya pada kebiasaannya atau dalam erti kata lain, pemindahan itu dijamin berjaya.

- Dilakukan pemindahan itu dengan penuh disiplin ilmu, iman dan takwa, penghormatan yang sewajarnya kepada si mati mengikut hukum syarak serta tiada unsur-unsur penghinaan.

- Keadaan darurat yang mendesak bagi menyelamatkan nyawa orang yang didermakan kepadanya, terutama yang ada hubungan nasab dan keluarga.

- Organ yang dipindahkan bukan dijadikan dagangan dan jualbeli, dagangan dan jualbeli hanya akan mengundang perbuatan jenayah yang memberi mudarat kepada penerima, memberi keuntungan kepada orang tengah dan juga kesempatan kepada doktor-doktor yang tidak bertanggungjawab mengaut keuntungan.

ii) Mati otak

- Menjalankan pemeriksaan perubatan dengan cara professional tentang berlakunya mati otak.

- Digalakkan mendapat persetujuan dari keluarga terdekat dari suami, anak, ibu, bapa.

- Perakuan tentang berlakunya mati otak hendaklah dilakukan oleh sekurang-kurangnya tiga doktor profesional (doktor Islam diutamakan)

- Sekiranya dengan kecanggihan rawatan perubatan (sains dan teknologi) boleh mengubat, maka suasana ini gugur.
Syd posted at 29-11-2006 09:37

99,000 rakyat ikrar derma organ

KUALA LUMPUR 28 Nov. Sebanyak 99,000 rakyat negara ini telah mendaftar sebagai pengikrar derma organ sehingga September lalu, kata Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan, Datuk Lee Kah Choon.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, kaum Cina merupakan golongan paling tinggi mendaftar sebagai penderma iaitu sebanyak 62,233 orang diikuti India (23,172), Melayu (10,620) dan lain-lain (2,975).

Menurut beliau, bilangan pendaftaran sebagai pengikrar penderma organ adalah antara 1,000 hingga 1,500 orang setiap bulan.

憫Sehingga kini terdapat tiga buah lagi Pusat Sumber Transplan yang telah ditubuhkan di Hospital Pulau Pinang, Hospital Ipoh dan Hospital Sultanah Aminah di Johor Bahru.

憫Bilangan penderma organ yang semakin meningkat ini menunjukkan Program Kesedaran Pendermaan Organ yang dijalankan Kementerian Kesihatan mendapat sambutan rakyat Malaysia, katanya ketika menjawab soalan Baharum Mohamed (BN-Sekijang) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Syd posted at 29-12-2006 09:42

ada tgk iklan kat tv semalam tak?

yang pasal penderma organ?

kak nita salah sorang yang dah mdaftar tuk mderma organ.

tahniah!
Syd posted at 30-12-2006 23:29

dah discuss tadi ngan satu ahli famili
kira dia mmg orang dptanggungjawabkan di rumah
dia mcm terkedu
masa ckp niat tuh
then rayu kat dia soh ptimbangkan

hmm…
sherrina posted at 31-12-2006 12:35

Syd,
kak nita, anita sarawak ke? yg dipertanggungjawabkan di rumah tu apa? kurang paham lah
Syd posted at 31-12-2006 21:45

a ah
aku nampak kak nita sarawak kat tv
dia salah sorang pderman organ
Syd posted at 28-7-2007 15:28

nyelit skit berita dari negara jiran kita…

Fatwa benar Muslim Singapura derma organ

SINGAPURA 27 Julai Warga Islam Singapura kini termasuk di bawah Akta Pemindahan Organ Manusia (Hota) republik ini yang menjadikan mereka penderma organ secara automatik kecuali mereka memilih tidak mahu berbuat demikian.

Selepas menolak Hota sejak pengwujudannya pada 1987, jawatankuasa fatwa republik ini mengumumkan minggu ini bahawa warga Islam kini boleh tertakluk di bawah akta itu.

Sebelum ini hanya rakyat bukan Islam yang diliputi Hota, dan umat Islam yang mahu menderma organ mereka, perlu memilih untuk dimasukkan di bawah Hota.

Jawatankuasa fatwa itu yang diketuai Mufti Singapura, Syed Isa Semait mengumumkan keputusan itu selepas mempertimbangkannya selama dua tahun, mengambil kira bahawa Islam tidak melarang pendermaan atau pemindahan organ, bagaimanapun persetujuan perlu dinyatakan secara jelas.

Masalahnya ialah cara persetujuan itu diperoleh di bawah akta berkenaan.

揔ami membincangkan masalah anggapan setuju itu pada 2004 dan menegaskan bahawa dalam undang-undang Islam, niat itu perlu jelas, katanya dalam satu laporan yang disiarkan The Straits Times hari ini.

Selepas mengambil masa yang lama membincangkannya, jawatankuasa itu akhirnya bersetuju bahawa di bawah akta berkenaan, warga Islam mempunyai peluang yang cukup untuk memilih dikecualikan dan oleh itu proses mendapatkan satu persetujuan di bawah akta itu adalah selaras dengan undang-undang Islam.

Hota, di mana rakyat Singapura dianggap telah memberikan persetujuan bahawa organ mereka diambil ketika mati kecuali mereka memilih untuk tidak berbuat demikian tidak meliputi umat Islam se- takat ini.

Bagaimanapun bilangan warga Islam yang telah berjanji untuk menderma organ mereka adalah terlalu sedikit, menurut laporan itu.

Sehingga kini hanya 16,000 daripada 300,000 orang dewasa yang layak telah memilih untuk disenaraikan dan bilangan mereka yang berikrar berbuat demikian semakin berkurangan.

Bernama
Syd posted at 12-8-2007 10:46

secebis kisah….

KATA SAYA: Keluarga patut sokong wasiat derma organ
Oleh Norhayati Md Said

KETIKA ditemui Khamis lalu, seorang ibu muda yang berusia 30 tahun berkata: 揔alau nyawa tidak panjang, saya berpesan pada suami, ambillah organ saya yang masih elok, dermakan kepada mereka yang memerlukan.

Efarizan Shah Malik, yang didiagnosis sejenis penyakit paru-paru, Lymphangioleiomyomatosis (LAM) hanya boleh sihat jika mendapat pemindahan paru-paru. Bagaimanapun Allah lebih sayangkannya yang meninggal dunia tengah hari kelmarin. Namun hasrat untuk mendermakan organnya tidak dapat ditunaikan kerana doktor bimbang organ Allahyarham sudah dijangkiti kuman kerana penyakit yang dihidapinya.

Berita Minggu tidak sempat menyiarkan keperitan, kesakitan dan perasaan Efarizan yang terpaksa bergantung kepada bantuan oksigen untuk bernafas selesa. Ketika itu, beliau diletakkan di bawah senarai pesakit yang perlu segera menjalani pemindahan paru-paru, namun tiada penderma yang tampil. Allahyarham sempat menyambut ulang tahun ke-30 bersama suami, anaknya yang berusia setahun dan keluarga minggu lalu. Namun apa yang masih terbuku di hatinya ialah sejak berada di hospital Mei lalu, dia berasa kasih anaknya semakin jauh selepas tidak dapat memeluk dan membelainya seperti biasa kerana keadaannya yang lemah.

Sejak dirawat di Institut Perubatan Respiratori Hospital Kuala Lumpur awal tahun ini, Efarizan memberitahu dia banyak membaca dan tahu senario pendermaan organ di negara ini, terutama senarai menunggu yang panjang selain perasaan berbelah-bahagi terutama bagi orang Islam untuk menderma organ.

Beliau yang sebak dan sentiasa mengalirkan air mata ketika ditemu bual berkata, dia sentiasa berdoa kepada Allah supaya diberikan peluang untuk terus hidup untuk melihat anaknya membesar.

Sebenarnya ini hanyalah satu daripada banyak lagi kisah mereka yang menunggu pendermaan organ meninggal dunia selepas puas menunggu. Mengikut statistik Pusat Sumber Transplan Nasional (PSTN), sehingga ini 6,548 pesakit kritikal di seluruh negara masih menunggu dan mengharapkan simpati orang ramai untuk menderma organ seperti buah pinggang, jantung, paru-paru untuk meneruskan hidup. Daripada jumlah itu, pesakit paling banyak memerlukan organ ialah buah pinggang 6,500, jantung (lima), hati (33) dan paru-paru (10).

Ironinya, ada juga mereka yang sudah menandatangani untuk menderma organ, tetapi apabila meninggal dunia keluarga membantah. Apabila ini berlaku pemindahan tidak dibenarkan dan keadaan ini bukan saja menyedihkan mereka yang menunggu, malah hasrat murni si mati tidak tercapai. Ini perlu diberi perhatian oleh mereka yang berhasrat menderma supaya memberitahu keluarga niat mereka itu.

Sejak 1997 sehingga 30 Jun lalu, seramai 108,501 individu mendaftar untuk menderma organ. Bagaimanapun sehingga 31 Julai lalu, hanya 180 kes derma organ dapat disempurnakan selepas kematian penderma. Daripada jumlah itu, 99 Cina, 53 (India), lapan (Melayu) dan 15 (lain-lain). Penderma lelaki pula menyumbang paling banyak iaitu 140 berbanding penderma wanita hanya 33, manakala tidak diketahui status (7).

Berbanding bangsa asing, Melayu paling kurang menderma organ. Walaupun menderma organ selepas mati sudah diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa ia harus, dengan syarat manfaatnya lebih daripada mudarat dan mendapat keizinan si mati sebelum beliau meninggal dunia, masih ramai tidak mahu berbuat demikian. Selepas seseorang itu mati dengan tidak meninggalkan wasiat, warisnya boleh memberi keizinan jika ingin berbuat demikian. Jika seseorang mewasiatkan atau menjanjikan organnya didermakan, wajib waris melaksanakan wasiatnya kerana ia termasuk dalam melaksanakan wasiat si mati.

Rasanya, usaha memberi penjelasan mengenai perkara ini perlu dilakukan berterusan oleh pelbagai pihak terutama kepada umat Islam yang masih kurang menderma organ. Kita tidak boleh memaksa orang untuk menderma organ, tetapi mungkin kesedaran mampu mengubah keadaan itu. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Efarizan. [email]yatisaid@bharian.com.my[/email]
Syd posted at 2-10-2007 09:12

Muslim boleh derma organ untuk bukan Islam
Oleh SITI AINIZA KAMSARI

KUALA LUMPUR 1 Okt. Perbezaan agama bukan penghalang kepada umat Islam untuk menderma organ kepada orang bukan Islam kerana tidak timbul pertikaian dari segi hukum mengenai perkara tersebut.

Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin berkata, dakwaan bahawa menderma organ kepada orang bukan Islam adalah sia-sia kerana tidak menjanjikan pahala adalah tidak benar sama sekali.

揝urah Al-Baqarah ayat 272 antara lain membawa maksud pendermaan organ kepada bukan Islam tetap dijanjikan pahala kerana ia dilakukan atas dasar membantu mereka yang memerlukan dan untuk menyelamatnya nyawa, katanya.

Beliau mengulas mengenai nasib penerima jantung mekanikal, Tee Hui Yee, 14, yang telah setahun menunggu untuk mendapatkan jantung baru.

Hui Yee mempunyai tempoh setahun sahaja lagi untuk mendapatkan penderma jantung kerana jangka hayat jantung mekanikal yang digunakan sekarang ialah dua tahun.

Mohd. Asri berkata, jika bantuan diberikan kepada orang bukan Islam sudah tentu ia dapat memperbetulkan pelbagai salah tanggapan mengenai Islam selain menjadi satu strategi yang baik dalam usaha dakwah.

Sementara itu, Pengarah Klinikal, Pemindahan Jantung dan Paru-Paru dan Program Jantung Mekanikal, Institut Jantung Negara (IJN), Dr. Mohd. Ezani Taib berkata, beliau pernah menerima pertanyaan daripada orang ramai mengenai prosedur menderma organ.

揟etapi penderma mahu hanya orang Islam menerima organnya kerana kononnya ia melibatkan soal hukum, katanya.

Bekas Penasihat Agama Istana Negara, Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz berkata, pendermaan organ perlu dilihat sebagai satu amalan dan perbuatan baik.

揓ika seseorang itu kurang beramal dan mengumpulkan bekalan untuk ke akhirat, maka dermakanlah organ terutama kornea mata dan jantung.

揗ungkin perbuatan yang cukup mudah ini bukan sahaja dapat menambahkan pahala malah ia akan menjadi penyelamat daripada neraka atau perisai kepada dosa-dosa kita selama ini, katanya.

Menurutnya, umat Islam sewajarnya tidak mempersoalkan mengenai status agama dan kaum yang menerima organ yang didermakan itu.

揝ama seperti kita menderma darah, status penerima darah tersebut tentunya tidak diketahui.

揝aya berharap waris-waris terdekat membenarkan organ-organ anggota keluarga mereka yang meninggal dunia terutama dalam kes kemalangan didermakan secara sukarela,拻 katanya.
Syd posted at 3-10-2007 09:51

Masalah kefahaman derma organ kalangan Melayu

Rencana Pengarang

JANTUNG amat mustahak bagi manusia dan haiwan. Apabila degupan jantung terhenti bermakna kehidupan sudah sampai ke penghujung.

Sehubungan itu tidak ada siapa pun di dunia mahu perkara ini berlaku, lebih-lebih lagi dalam usia yang muda. Kita tidak boleh bayangkan perasaan antara hidup dan mati yang bersarang di dada Tee Hui Yee sejak setahun lalu.

Penantian selama setahun untuk mendapatkan jantung baru belum kesampaian. Semua rakyat negara ini sudah maklum dengan kisah penderitaan penerima jantung mekanikal ini.

Bukan mudah untuk mendapat seseorang yang mengambil tindakan berani dengan mendermakan organ jantungnya kepada gadis ini.

Apatah lagi Malaysia serta banyak negara lain tidak membenarkan pendermaan organ orang yang masih hidup, sebaliknya lebih tertumpu kepada penderma yang hampir meninggal dunia.

Sebenarnya bukan Hui Yee seorang yang menunggu ajal tetapi kira-kira 9,000 orang pesakit buah pinggang masih mengharapkan organ baru daripada penderma yang sesuai.

Kita turut sedih dan bersimpati kepada mereka yang bernasib malang ini dan berkemungkinan menutup mata lebih awal daripada sepatutnya.

Masyarakat berbilang kaum dan agama negara ini sekali lagi dituntut untuk berkorban demi memastikan insan yang layak untuk terus hidup tidak dibiarkan menderita.

Pada hakikatnya, pendermaan organ tidak ditegah oleh agama, jadi soal tidak sanggup menderma atau enggan mewasiatkan organ yang diperlukan oleh mereka yang masih punya sisa-sisa hidup tidak sepatutnya timbul.

Soal penderma yang mahu penerima organnya hanya insan seagama dengannya adalah hak masing-masing tetapi sikap demikian juga menutup peluang orang bukan seagama untuk terus hidup.

Masalah utama penderma dan penerima organ di negara kita ialah kekeliruan mengenai status agama dan kaum penderma dan penerima. Golongan ulama mesti tampil menjelaskan kekeliruan ini.

Umat Islam juga perlu diberi kesedaran betapa besarnya pahala jika mereka menderma organ demi memberi kehidupan kepada insan lain yang memerlukannya.

Hukum agama Islam pun ada menyebut, apabila seseorang meninggal dunia, roh akan pergi meninggalkan jasad. Tiada lagi perasaan takut atau disakiti.

Daripada jasad itu ditanam dan menjadi busuk serta tidak berguna lagi, lebih besar pahalanya jika organ tertentu seperti kornea mata, buah pinggang dan jantung didermakan kepada ribuan pesakit yang sedang menunggu.

Jika berdasarkan kepada 99,000 rakyat negara ini yang mendaftar sebagai penderma organ sehingga September 2006, kaum Cina merupakan golongan paling tinggi iaitu sebanyak 62,233 orang, diikuti India (23,172), Melayu (10,620) dan lain-lain (2,975). Kita renungkanlah apa yang patut dilakukan.
Syd posted at 4-10-2007 16:07

Pemimpin, ulama wajar jadi contoh penderma organ

SAYA merujuk kepada paparan muka hadapan Utusan Malaysia bertarikh 2 Oktober 2007 yang bertajuk Mencari jantung untuk Hui Yee. Saya tertarik untuk meluahkan buah fikiran saya mengenai fenomena pendermaan organ selepas kematian di Malaysia pada masa kini.

Sebagai salah seorang penderma organ, saya merasakan bahawa sudah tiba masanya untuk kita bangkit dari tidur dan bertindak menjadi salah seorang penderma organ.

Pendermaan organ selepas kematian di Malaysia masih boleh dikategorikan pada tahap yang rendah. Lebih 50 peratus daripada rakyat Malaysia masih belum bersedia untuk menjadi penderma organ. Kenapa dan mengapa hal ini boleh berlaku? Tepuk dada, tanya diri sendiri. Sudahkah anda mendaftar sebagai penderma organ?

Pada pendapat saya, perkara ini boleh diselesaikan jika disokong oleh pemimpin kita sendiri. Saya merasakan para pemimpin kita perlu dengan sukarela menjadi salah seorang penderma organ.

Mereka merupakan golongan berpelajaran dan sudah pasti mereka tahu bahawa pendermaan organ selepas kematian itu suatu usaha yang murni. Namun, kenapa mereka masih belum mendaftar?

Jika mereka mendaftar, saya pasti dan yakin bahawa akan ramai lagi yang ingin menjadi penderma organ di Malaysia ini.

Selain itu, kenapa tidak boleh untuk kita merangka suatu undang-undang bagi menyatakan bahawa organ seperti buah pinggang merupakan hak milik kerajaan seperti yang dilakukan di Singapura.

Menyeksakan

Hal ini membolehkan sebahagian besar pesakit buah pinggang meletakkan titik noktah bagi rawatan dialisis yang begitu menyeksakan serta membebankan.

Tambahan pula, sebahagian besar kos rawatan dialisis ditanggung oleh kerajaan. Hal ini sangat merugikan dari satu sudut namun dapat diatasi jika kesemua rakyat Malaysia menjadi penderma organ. Betul bukan?

Saya juga merasakan bahawa sudah tiba masanya kerajaan Malaysia menetapkan bahawa semua rakyat Malaysia yang lahir ke dunia adalah penderma organ. Jika ada yang tidak bersetuju, mereka boleh mengisi borang untuk menolak bagi menjadi penderma organ setelah mereka meningkat dewasa.

Hal ini bukan suatu paksaan tetapi sebagai salah satu usaha bagi menggalakkan ramai lagi rakyat Malaysia untuk menderma organ. Usaha ini telah dilaksanakan di negara jiran kita iaitu Singapura.

Seperkara lagi yang ingin saya tambah adalah mengenai taburan penderma organ selepas kematian di Malaysia.

Jika kita perhatikan kaum bukan bumiputera merupakan golongan majoriti bagi penderma organ di Malaysia. Di manakah bumiputera yang merupakan kaum majoriti terbesar dan terbanyak di Malaysia?

Realitinya, kaum bukan bumiputera yang sering kita lihat begitu bersemangat menyertai apabila terdapatnya kerja-kerja sukarelawan seperti program menderma darah, kempen pendermaan organ dan sebagainya.

Jika kita lihat dari sudut agama Islam pula, kita amat digalakkan untuk menderma organ kita selepas kematian. Baca dan kajilah ayat ke-272 Surah Al-Baqarah khususnya serta al-Quran secara keseluruhannya.

Oleh itu, saya seru juga kepada ulama, mufti dan ahli agama agar dapat menjadi salah seorang daripada penderma organ selepas kematian agar timbul keinginan untuk menderma organ di kalangan lebih ramai umat Islam.

Ingat, jangan fikirkan apa yang kita boleh terima daripada orang, tetapi fikirkanlah apa yang kita boleh berikan kepada orang.

Akhir kata, pendermaan organ selepas kematian di Malaysia; siapa lagi kalau bukan kita?

MOHD. FADZLAN FAILUL RAHMAN,

Taman Melawati, Selangor.
Syd posted at 6-10-2007 11:58

Diharuskan: Derma organ tidak bercanggah dengan ajaran Islam

PUTRAJAYA 5 Okt. – Umat Islam tidak harus ragu-ragu untuk menderma organ bagi membantu golongan yang malang kerana ia tidak bercanggah dengan ajaran Islam dan adalah diharuskan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Abdullah Md Zin.

Beliau berkata, sejak lebih 30 tahun lalu, Majlis Fatwa Kebangsaan telah menetapkan garis panduan yang mengharuskan pendermaan organ dilakukan dengan mengambil kira empat pertimbangan:

* Dalam keadaan mendesak bahawa nyawa penerimanya bergantung kepada pemindahan anggota itu dan pemindahannya difikirkan berjaya;

* Dalam keadaan pemindahan jantung, penderma telah disahkan meninggal dunia;

* Tidak ada unsur perdagangan atau jual beli bagi organ itu;

* Kebenaran diperoleh daripada penderma sebelum pemindahan sebarang organ dalam kematian biasa, atau daripada anggota keluarga, jika kematian secara mendadak seperti kemalangan.

揔ita telah memfatwakan pemindahan jantung dan organ lain termasuk mata dalam muzakarah jawatankuasa fatwa pada 1 dan 2 Oktober 1970 dan telah dibincangkan lagi pada tahun 1973, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai masih wujud keraguan dalam kalangan sesetengah umat Islam mengenai pendermaan organ.

Pada Rabu malam, Tee Hui Yi, 14, yang bergantung kepada jantung mekanikal, telah menerima pemindahan jantung seorang remaja Melayu, yang meninggal dunia dalam satu kemalangan, setelah menunggu lebih setahun untuk mendapatkan jantung baru. – Bernama
Syd posted at 6-10-2007 12:08

Akta pertama derma organ

[img]http://www.utusan.com.my/pix/2007/1006/Utusan_Malaysia/Rencana/re_01_big.jpg[/img]
JENNIFER Sutton melihat jantungnya di Wellcome Collection抯 Heart Exhibition, London. Beliau yang menjalani pemindahan jantung pada 4 Jun 2007 lalu di Papworth Hospital Cambridge menyerahkan jantung lamanya kepada Wellcome Collection untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang pentingnya menderma organ. AFP.
——————————————————————————–

MUKADIMAH
SIRI II laporan mengenai pendermaan organ menyingkap mengenai Akta Tisu Manusia yang diperkenalkan pada tahun 1974. Mungkin tidak ramai kalangan kita tahu mengenai kewujudan akta tersebut. Biarpun telah lebih 30 tahun ia digubal namun perihal akta itu amat jarang dibangkitkan.

Mungkin ada keperluan yang perlu ditambah di dalam akta tersebut berikutan perkembangan dunia teknologi maklumat dan komunikasi yang semakin pesat.

Selain itu, wartawan Utusan Malaysia, NORAINI ABDUL RAZAK dan AZLINARIAH ABDULLAH turut mengetengahkan tentang Pusat Sumber Transplan Negara serta panduan kepada orang ramai yang berhasrat untuk mendermakan organ mereka.

APABILA membicarakan mengenai isu pendermaan organ di negara ini, Akta Tisu Manusia 1974 (Akta 130) antara statut utama menjadi rujukan.

Akta yang mengandungi lima seksyen itu meliputi semua negeri di Malaysia.

Seksyen (1) dan 2(1) membicarakan wasiat yang dibuat oleh seseorang sama ada secara bertulis atau lisan di hadapan dua saksi atau lebih ketika beliau akan menghembuskan nafas terakhir.

Wasiat tersebut berkenaan pendermaan tubuhnya atau mana-mana anggota untuk digunakan sesudah kematiannya bagi maksud terapeutik, pelajaran atau penyelidikan perubatan.

憫Wasiat tersebut adalah sah di sisi undang-undang selagi ia tidak ditarik balik,拻 kata Wan Roslili Abd. Majid, Pegawai Penyelidik Pusat Syariah, Undang-Undang dan Sains Politik, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dalam tulisannya di majalah bulanan Visi edisi Januari 2006.

Visi ialah majalah terbitan IKIM.

Beliau seterusnya berkata, permintaan atau wasiat itu membawa maksud ia boleh dilaksanakan menurut kandungannya tanpa melampaui kadar yang telah ditetapkan oleh individu yang berwasiat.

Seandainya wasiat menyebut mata didermakan, maka hanya mata dipindahkan untuk didermakan tanpa mengambil anggota-anggota tubuh yang lain.

Seksyen 2(1) Akta Wasiat 1959 (Akta 346) memberi maksud 憌asiat sebagai deklarasi (pengumuman) yang diniatkan untuk memberi kesan undang-undang terhadap niat atau hajat pembuat wasiat atas sesuatu kuasa dan juga penyusunan melalui wasiat atau permintaan tentang kedudukan seseorang sebagai penjaga, penjagaan dan pendidikan terhadap mana-mana kanak-kanak.

Seksyen 2(2) pula menyatakan bahawa akta tersebut tidak bersangkutan dengan wasiat yang dibuat individu beragama Islam yang kuasa wasiatnya tetap tidak akan dipengaruhinya oleh apa-apa perkara dalam akta itu.

Sementara itu beliau turut menyebut mengenai pemindahan bahagian-bahagian badan bagi maksud terapeutik, pelajaran atau penyelidikan perubatan; eksperimen atau penyelidikan sendiri, di mana pada pandangannya perlu diambil kira.

Rawatan penyelidikan dan penyelidikan saintifik (kajian penyelidikan, klinikal dan penyelidikan klinikal) perlu dibezakan, ujar beliau.

Rawatan penyelidikan merupakan prosedur dalam kaedah pencegahan, diagnosis atau rawatan bagi sesuatu penyakit.

Eksperimen saintifik pula merupakan usaha yang dibuat atas seseorang dengan berlandaskan tujuan asal untuk menentukan perkara akan berlaku terhadap individu terbabit.

Objektif dasarnya lebih cenderung untuk mendapatkan maklumat atau penemuan baru daripada rawatan itu sendiri.

Eksperimen ini kadangkala dijalankan ke atas individu sihat, contohnya memasukkan tiub jantung.

Pada tahun 1964, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan Deklarasi Helsinki di mana ia menerangkan etika sebagai sesuatu yang berbeza daripada garis panduan eksperimen dijalankan ke atas manusia.

Dokumen ini turut mengenal pasti perbezaan kedua-dua eksperimen.

Selebihnya, ia menggariskan beberapa dasar sebagai prinsip umum dan dalam bahagian berasingan membincangkan pula persoalan penyelidikan klinikal digabungkan dengan 憄erhatian profesional serta diikuti penyelidikan klinikal bukan rawatan.

Seksyen 2(2) dan (3) Akta Tisu Manusia 1974 (Akta 130) seterusnya menjelaskan : 憫Tanpa menyentuh seksyen kecil yang tersebut di atas, orang yang memiliki dengan sah di sisi undang-undang badan seseorang yang mati itu boleh membenar dipindahkan mana-mana bahagian dari badan yang tersebut itu untuk digunakan bagi maksud-maksud yang tersebut di atas jika, setelah membuat apa-apa penyiasatan munasabah yang praktik, ia tiada apa-apa sebab bagi mempercayai :

* Bahawa si mati itu telah menyatakan bantahan terhadap badannya diuruskan sedemikian selepas kematiannya; atau

* Bahawa suami isteri atau mana-mana waris si mati yang masih hidup semasa si mati membantah terhadap badan itu diuruskan sedemikian.

Tiada apa-apa kebenaran boleh diberi di bawah seksyen ini berkenaan dengan seseorang yang diamanahkan bagi maksud hanya untuk dikebumikan atau disemadikan.拻

Tertakluk pada seksyen kecil (2) dan (3) ini juga, pemindahan dan penggunaan anggota tubuh mengikut sesuatu kebenaran yang diberi menurut Seksyen 2 adalah sah di sisi undang-undang. Ini dijelaskan dalam Seksyen 3 (1).

Sehubungan itu, dalam Seksyen 3 (2) dijelaskan bahawa pemindahan organ atau bahagian tubuh itu hanya boleh dijalankan oleh seorang pengamal perubatan yang berdaftar penuh di bawah Seksyen 14 Akta Perubatan 1971 (Akta 50) dengan disertai sekurang-kurangnya seorang lagi pengamal perubatan, juga berdaftar penuh.

Seksyen 14 tersebut menerangkan tertakluk pada peruntukan-peruntukan akta ini, tiada seseorang pun berhak didaftarkan penuh sebagai seorang pengamal perubatan di bawah akta ini melainkan jika:

* Ia telah didaftarkan sementara di bawah Seksyen 12;

* Ia membuktikan telah mematuhi peruntukan-peruntukan Seksyen 13.

* Permohonan pendaftaran penuh hendaklah dibuat mengikut peruntukan-peruntukan akta ini dan peraturan di bawahnya.

* Walau apa pun peruntukan yang berlawanan terkandung dalam akta ini, sesiapa pun boleh didaftarkan penuh di bawah seksyen ini tertakluk kepada apa-apa sekatan dan syarat mengikut sebagaimana ditetapkan oleh menteri, dengan syarat bahawa orang yang memohon pendaftaran di bawah seksyen kecil ini mempunyai kelulusan yang mana menteri berpuas hati, selepas berunding dengan majlis, adalah mencukupi.拻

Bagi maksud perbandingan dan pemerhatian, jika diteliti, secara umum undang-undang pemindahan organ Sepanyol yang merupakan negara peneraju di dunia dalam pendermaan organ, didapati bahawa undang-undang tersebut memiliki banyak persamaan dengan undang-undang di negara Barat lain.

Meskipun undang-undang pemindahan organ itu dianggap keizinan, namun menurut dikri berikutnya, saudara mara bagi penderma berpotensi akan mendermakan organnya mestilah ditemui bagi menentukan hasrat penderma (orang yang meninggal dunia) itu berhubung pendermaan organ. Jika perkara ini tidak diketahui, saudara mara rapat boleh menandatangani pemberian kuasa, selepas perbincangan secara dalaman diadakan, jika perlu.

Meneliti Undang-Undang No.7 bagi tahun 1983, Kuwait, pula yang menyentuh tentang pembedahan pemindahan buah pinggang menunjukkan bahawa pendermaan buah pinggang oleh seseorang yang masih hidup dibenarkan dan turut menetapkan beberapa syarat supaya tidak menjejaskan kehidupan serta kesihatan penderma.

Undang-undang yang sama juga membenarkan buah pinggang diwasiatkan dan menentukan syarat-syarat diperlukan.

Memperkatakan tentang Akta Tisu Manusia 1974 (Akta 130) dan hubungannya dengan perkembangan pendermaan organ di negara ini, beliau berkata, terdapat persoalan yang menarik dibahaskan beberapa pihak.

Antaranya ialah undang-undang dan kaitannya dalam meningkatkan jumlah penderma organ di kalangan rakyat di negara ini.

Boleh dikatakan bahawa purata penderma di negara ini sangat minimum berbanding kadar di negara-negara Eropah.

Dalam satu interviu sebelum ini, Presiden Persatuan Transplantasi Malaysia, Datuk Dr. Zaki Morad mendedahkan bahawa purata penderma hanya 0.6 bagi setiap sejuta rakyat.

Kadar di sesetengah negara Eropah ialah 30 hingga 35 penderma bagi setiap sejuta rakyat.

Justeru, selain kempen dalam pelbagai bentuk dan medium, akta ini juga boleh dijadikan satu lagi kaedah bagi mencapai matlamat meningkatkan jumlah penderma organ.
Syd posted at 6-10-2007 12:11

Peranan NTRC jayakan pendermaan organ

KEJAYAAN dalam menggerakkan kesedaran tentang keperluan menderma organ serta mempertajamkan kefahaman mengenainya di kalangan rakyat di negara ini banyak disumbang oleh kewujudan Pusat Sumber Transplan Kebangsaan (NTRC).

Sejak penubuhannya pada 1 November 1997, bukan sedikit usaha, kempen dan program dibuat oleh pusat berkenaan demi memenuhi matlamatnya.

Laman web NTRC beralamat [url]www.hkl.gov.my/content/ntrc.htm[/url] menyebut fungsi utama pusat ialah mengumpulkan serta menjalankan pendaftaran pengikrar (pledgers) atau bakal penderma organ dan tisu daripada masyarakat seluruh negara.

Ia turut berfungsi sebagai sebuah pusat maklumat berterusan kepada masyarakat dalam menyalurkan informasi dan pengetahuan berkenaan dengan pendermaan organ dan tisu serta transplantasi. NTRC juga berfungsi melaksanakan dan memastikan program kesedaran pendermaan organ dan tisu berjalan lancar di seluruh negara.

Selain itu ia melaksanakan proses pendaftaran para pengikrar atau bakal penderma organ dan tisu ke dalam sistem pangkalan data untuk tujuan rekod dan rujukan.

Ia seterusnya menyebut NTRC berfungsi menjalinkan hubungan serta bekerjasama dengan badan-badan kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) serta media massa dalam mempromosikan dan menyebarkan maklumat yang betul berkenaan dengan pendermaan organ dan tisu serta transplantasi.

NTRC juga memberikan penerangan menerusi kempen-kempen dan ceramah-ceramah kepada masyarakat berkenaan dengan isu pendermaan organ dan tisu serta transplantasi, tambah laman web berkenaan.

Lebih daripada itu, fungsinya ialah mengekal dan memastikan rekod-rekod bakal-bakal penderma dalam pangkalan data sentiasa dikemas kini.

Pada akhirnya, matlamat NTRC ialah untuk mencapai kejayaan dalam program transplantasi dan pendermaan organ di Malaysia dengan meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat dalam isu pendermaan organ.

Sementara itu, mungkin ada bertanya, apabila kita terlintas niat di hati untuk menjadi penderma, apakah langkah seterusnya?

Sudah tentu perkara pertama ialah membuat pendaftaran. Dengan mendaftarkan diri kepada Daftar Penderma Organ Nasional, anda akan membenarkan organ dan tisu digunakan bagi tujuan transplan, selepas meninggal dunia.

Ini akan mengubahkan kehidupan beberapa orang yang mengalami kegagalan organ supaya menjadi lebih selesa dan sempurna serta dapat menyelamatkan nyawa mereka daripada maut.

Dalam pada itu, kita sedar bahawa isu pendermaan organ dan tisu merupakan hal yang menimbulkan banyak persoalan.

Berikut adalah penjelasan kepada beberapa persoalan yang sentiasa ditimbulkan.

* Siapa layak menjadi penderma?

Sesiapa sahaja, tua atau muda boleh mendaftar sebagai penderma organ dan tisu. Bagaimanapun mereka yang berusia kurang daripada 18 tahun perlu mendapatkan kebenaran ibu bapa atau penjaga terlebih dahulu.

* Apakah itu pendermaan organ?

Ia adalah proses mendermakan bahagian tubuh badan seseorang untuk tujuan transplan selepas meninggal dunia. Pemindahan organ ialah pembedahan yang melibatkan penukaran organ atau tisu yang mengalami kegagalan fungsi dengan organ atau tisu yang berfungsi dengan lebih memuaskan daripada seseorang penderma yang telah meninggal dunia.

Apakah organ dan tisu yang boleh didermakan?

Pada umumnya organ-organ yang boleh didermakan adalah buah pinggang, jantung, hati (hepar), paru-paru dan pankreas.

Tisu-tisu yang boleh didermakan pula mata, tulang, kulit dan injap jantung.

* Bilakah organ dan tisu si penderma itu diperoleh?

Proses perolehan organ dan tisu daripada tubuh seseorang penderma itu hanya akan dilakukan apabila kematiannya telah disahkan oleh dua orang doktor yang bertauliah. Doktor-doktor yang terlibat dengan pengesahan kematian seseorang penderma itu adalah bebas dan tiada kaitan dengan pemindahan organ dan tisu.

* Bagaimana organ pendermaan itu dipindahkan?

Proses pemindahan organ dan tisu membabitkan pembedahan yang benar-benar bersih. Ia dijalankan di dewan bedah hospital oleh pakar bedah yang berpengalaman. Perolehan organ serta tisu seseorang pendermaan ini tidak akan mengalami apa-apa kecacatan fizikal. Segala proses pembedahan pemindahan ini dijalankan penuh hormat dan tertib.

* Bagaimana jika seseorang itu berubah fikiran kemudiannya?

Boleh dan berhak membatalkan hasrat tersebut pada bila-bila masa. Tiada sesiapa dipaksa untuk menderma organ dan tisunya selepas kematian. Sekiranya anda menukar fikiran untuk tidak menderma organ dan tisu, anda hanya perlu memberitahu keluarga anda mengenainya dan memulangkan kad penderma organ anda kepada NTRC.

Bagaimana prosedur kepada yang berhajat menjadi penderma?

Anda perlu mengisi borang akuan penderma dan kad penderma. Borang yang telah dilengkapkan perlu dihantar kepada NTRC, sementara kad penderma hendaklah disimpan dalam dompet dan dibawa bersama anda pada setiap masa.

NTRC terletak di lobi bangunan Hopsital Kuala Lumpur (HKL) dan mempunyai tiga cawangan iaitu di Ipoh (Hospital Ipoh); Pulau Pinang (Hospital Pulau Pinang) dan Johor (Hospital Sultanah Aminah).
Syd posted at 6-10-2007 12:12

Kempen derma organ jangan bermusim
Oleh NORAINI ABDUL RAZAK (WARTAWAN UTUSAN)

PERIHAL menderma organ telah lama diperkatakan. Dalam konteks negara kita, fatwa yang mengharuskan pendermaan organ telah dikeluarkan sejak 30 tahun lalu.

Bersama fatwa tersebut turut ditetapkan satu garis panduan untuk rujukan umat Islam seperti yang dipersetujui oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Namun kesedaran orang ramai terutama yang beragama Islam untuk mendermakan organ selepas menghembus nafas terakhir masih di tahap yang amat rendah.

Jika agama dijadikan alasan keengganan untuk berbuat demikian, fatwa mengenainya amat jelas. Islam tidak pernah menghalang umatnya berbuat demikian malah ia amat digalakkan.

Jadi apa sebenarnya faktor yang menghalang orang Melayu semestinya beragama Islam daripada mendermakan organ mereka.

Kekangan paling penting semestinya akibat kurang pendedahan tentang pentingnya organ didermakan untuk menyelamatkan orang lain sementelah orang yang telah meninggal dunia tidak memerlukannya lagi.

Kempen menderma organ hanya rancak diperkatakan apabila ada insan malang merayu supaya diberikan organ untuk membolehkannya menyambung hidup dengan sempurna.

Apabila tiada kes seumpama itu ditonjolkan oleh pihak media, semua pihak membisu sehingga fatwa yang telah diputuskan sejak 30 tahun lalu dirasakan tidak pernah wujud.

Sebab itu masih timbul kekeliruan dan salah faham tentang amalan menderma organ, termasuk kononnya jenazah yang dikebumikan itu kelak akan dibangkitkan dalam keadaan tidak sempurna semata-mata kerana organnya telah didermakan.

Justeru, rentetan kisah Tee Hui Yee yang terpaksa merayu kepada orang ramai untuk mendapatkan jantung baru sewajarnya dijadikan titik tolak tentang perlunya kempen menderma organ dilakukan secara berterusan dan besar-besaran.

Jika Hui Yee menjadi pendorong kepada Majlis Belia Malaysia (MBM) untuk mengajak 3.9 juta ahlinya supaya mendaftarkan diri sebagai penderma organ maka hasrat murni itu mesti diteruskan.

Malah MBM mesti sentiasa mengemas kini data ahli-ahlinya yang rela berbuat demikian dan menyalurkannya kepada pihak berkenaan supaya kelak ia dapat dimanfaatkan.

Merayu

Jangan hanya kerana Hui Yee telah berjaya mendapatkan jantung baru maka kempen yang belum pun bermula itu tergantung begitu sahaja dan ia hanya akan kedengaran jika ada satu lagi nyawa merayu diberi organ baru.

Paling penting ialah usaha berterusan Pusat Sumber Transplan Nasional (NTRC) menggerakkan kempen menderma organ. Pusat yang telah berusia 10 tahun itu seharusnya turun padang mendekati masyarakat pelbagai peringkat umur dan bangsa.

Apa salahnya jika pusat itu mengadakan pameran dan ceramah bergerak di sekolah-sekolah supaya penerangan lengkap mengenai pendermaan organ dapat dilakukan.

Bukankah di peringkat usia belasan tahun lebih mudah untuk diterapkan pemahaman mengenai amalan murni itu lantaran kumpulan pelajar itu masih bebas daripada dakyah-dakyah palsu kononnya ia tidak dibenarkan dari sudut budaya dan agama.

Oleh itu mulai detik ini NTRC mesti melebar-luaskan kempen mereka di segenap pelosok negara, tanpa mengenal batas usia dan bangsa.

Selain NTRC, kalangan pemimpin kerajaan, parti-parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan juga mesti membantu menggerakkan kempen itu. Lebih penting lagi mereka mesti menunjukkan kesungguhan dengan mengikrarkan diri sebagai penderma organ. Jika ini berjaya dilakukan sudah pasti masyarakat di negara kita tidak teragak-agak untuk menyertai kempen tersebut sekali gus menyuntik semangat untuk mendermakan organ masing-masing.

Tidak lupa juga peranan pemimpin agama, mufti dan imam-imam. Alangkah manisnya jika kumpulan ini dilihat secara terang-terangan membantu menjayakan kempen tersebut. Lebih indah lagi jika ada kalangan mereka yang berikrar untuk mendermakan organnya, tentu ia memberi gambaran bahawa kumpulan itu bukan sekadar mengeluarkan fatwa malah melaksanakan fatwa yang dikeluarkan itu.

Langkah itu juga tentu akan menghilangkan segala kekeliruan dan kebimbangan yang membelenggu umat Islam tentang pendermaan organ. Dan semestinya juga ia akan merangsang umat Islam untuk turut berbuat demikian.

Jika semua lapisan masyarakat tanpa mengira peringkat usia, agama dan bangsa mengambil bahagian dalam kempen derma organ, kita percaya kelak tidak akan kedengaran rayuan seperti Hui Yee lagi.
Syd posted at 7-10-2007 11:37

ORGAN DONATION INFO

For more information on organ donations, contact the National

Transplant Resource Centre at 03-2694-2704/2705, or the individual centres:

> Ipoh Hospital (05-5222324/2533333 at ext 2324),

> Penang Hospital at (04-2002436/2293333 at ext 435)

> Sultanah Aminah Hospital in Johor Batu (07-2231666 at ext 2751).

The national toll-free number is 1-800-88-9080.
Syd posted at 9-10-2007 09:11

Derma organ: Keluarga tidak boleh halang

KUALA LUMPUR 8 Okt. Waris atau keluarga penderma tidak boleh lagi menghalang organ penderma berdaftar diambil apabila Kementerian Kesihatan menguatkuasakan Akta Tisu Manusia 1974 tahun hadapan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, ketika ini, jika terdapat bantahan atau halangan daripada mana-mana pihak, pihak hospital tidak dibenarkan mengambil organ daripada tubuh penderma.

憫Dengan akta itu, penderma organ berdaftar yang berusia lebih dari 18 tahun berhak untuk mendermakan organ tanpa boleh dihalang oleh mana-mana pihak lagi,拻 katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengunjungi Tun Dr. Mahathir Mohamad dan penerima jantung baru, Tee Hui Yee di Institut Jantung Negara (IJN) di sini hari ini.

Turut sama dalam lawatan itu ialah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Ting dan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Fong Chan Onn.

Bagaimanapun, kata Soi Lek, doktor akan memaklumkan kepada waris pesakit mati otak supaya mendermakan organ pesakit tersebut kerana mereka memang tiada harapan untuk hidup.

憫Menjadi tanggungjawab doktor untuk menasihati keluarga pesakit mati otak untuk mendermakan organ pesakit kepada hospital dan yang penting kematian otak itu disahkan sekurang-kurangnya dua doktor, katanya.

Tugas

Beliau menyedari tugas tersebut tidak mudah untuk dilaksanakan memandangkan situasi sedih dan penuh emosi yang dialami waris dan keluarga ketika itu.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan tidak ada cara lain untuk menyelamatkan pesakit yang memerlukan organ sedangkan banyak kes mati otak berlaku setiap hari di seluruh negara.

憫Kes mati otak memberikan peluang kepada ramai pesakit lain untuk terus hidup kerana jantung, hati, paru-paru dan buah pinggang mereka masih boleh digunakan oleh pesakit yang memerlukan, katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau bimbang amalan menderma di kalangan orang ramai hanya dilakukan secara bermusim sedangkan begitu ramai pesakit memerlukan organ.

憫Kebelakangan ini orang ramai disedarkan mengenai rayuan dan penderitaan Tee Hui Yee, maka ramai yang mula untuk mendaftarkan diri sebagai penderma.

憫Tetapi apabila kes seperti senyap, maka jadilah seperti hangat-hangat tahi ayam. Jadi saya harap pihak media memainkan isu ini untuk dua tiga hari lagi, katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Neuphorologi, Hospital Kuala Lumpur, Dr. Ghazali Ahmad berkata, tugas meminta organ daripada pihak waris boleh dilaksanakan oleh pegawai kebajikan dan sosial yang ada di setiap hospital.

憫Tetapi kematian otak melibatkan masa yang tidak menentu dan kadang kala dalam jumlah yang ramai dalam satu-satu masa, jadi doktor adalah individu yang paling bertanggungjawab untuk mendapatkan kebenaran itu, katanya.
Syd posted at 11-10-2007 10:15

Organ anak saya tidak sia-sia Yusoff

[img]http://www.utusan.com.my/pix/2007/1011/Utusan_Malaysia/Dalam_Negeri/dn_02_big.jpg[/img]
MOHD. Tajol Rosli Ghazali menyampaikan sumbangan kepada Yusoff Hassan sambil diperhatikan isterinya, Sapiah Hamzah keluarga remaja Melayu yang menderma jantung untuk Tee Hui Yee di Hotel Legend, Kuala Lumpur, semalam. Gambar ROY AZIS ABD. AZIZ.
——————————————————————————–

KUALA LUMPUR 10 Okt. Keluarga penderma jantung pertama kepada Tee Hui Yee yakin pengorbanan anaknya, Allahyarham Nur Mohammad Sahiduzzaman Yusoff, 15, tidak sia-sia walaupun organ berkenaan tidak sesuai untuk gadis tersebut.

Bapa Allahyarham, Yusoff Hassan berkata, ini kerana tiga lagi organ anaknya iaitu paru-paru, hati dan buah pinggang berjaya dipindahkan kepada pesakit yang memerlukan dan serasi dengan tubuh pesakit itu.

憫Saya reda walaupun jantung anak saya yang didermakan kepada Tee Hui Yee tidak sesuai dengannya.

憫Apalah daya saya untuk menolak perkara itu daripada berlaku. Saya cuma mahu membantu gadis itu selepas dimaklumkan oleh seorang doktor di Ipoh bahawa anak saya sudah tidak ada harapan untuk hidup lagi.

憫Sesungguhnya saya ikhlas dan tanpa mengambil masa yang lama, saya dan isteri terus bersetuju untuk mendermakan organ tersebut,拻 katanya ketika ditemui di Hotel Legend di sini hari ini.

Sebelum itu, beliau dan isteri, Sapiah Hamzah, menerima sumbangan sebanyak RM10,000 sebagai tanda penghargaan daripada Barisan Nasional (BN) Negeri Perak yang disampaikan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali.

Yusoff berkata, keputusan untuk mendermakan organ anaknya itu merupakan satu tanggungjawab untuk membantu mereka yang memerlukan dan merupakan satu inisiatif untuk mendorong orang lain mendermakan organ.

Beliau berharap organ-organ lain anaknya yang turut didermakan dapat memberi manfaat kepada penerimanya.

Mengulas mengenai anaknya, Yusoff berkata, Nur Mohamad yang mempunyai tujuh orang adik-beradik berumur antara enam hingga 19 tahun merupakan seorang hafiz al-Quran.

Tambahnya, anaknya itu juga telah menghafal lebih 18 juzuk al-Quran selain menjadi imam bagi solat tarawih di Masjid Sungai Tiram, Batu 10 Lekir, Sitiawan di Perak.

SUMBER : PUSAT SUMBER TRANSPLAN NASIONAL (KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)

http://www.agiftoflife.gov.my

Isu mengenai kematian serta pendermaan organ adalah sesuatu yang sukar untuk dibicarakan. Apatah lagi kepada mereka yang tersayang. Ia juga merupakan perkara yang rumit untuk dibincangkan oleh kakitangan perubatan yang berusaha untuk menyelamatkan nyawa pesakit. Bukanlah sesuatu yang mudah bagi keluarga untuk membuat keputusan mengenai pendermaan organ dan tisu seseorang yang disayangi apabila orang itu meninggal dunia. Daftarlah diri sebagai pengikrar penderma organ bagi memudahkan pihak keluarga membuat keputusan setelah anda meninggal dunia kelak. Dengan berdaftar kepada Registri Penderma Organ Nasional, anda membenarkan organ dan tisu anda digunakan bagi tujuan transplan selepas anda meninggal dunia. Ini akan mengubah kehidupan ramai orang yang kegagalan organ dan tisu, menyelamatkan nyawa dan memberi mereka dan keluarga mereka harapan untuk hidup lebih sempurna.

Sehingga 28 March 2011
Jumlah Pendermaan Organ Sebenar = 320 orang
Jumlah Pengikrar Pendermaan Organ = 162,624 orang

Tahun 2011 (March)
Jumlah Pendermaan Organ Sebenar = 11 orang
Jumlah Pengikrar Pendermaan Organ
= 11,099 orang

laman utama / pendermaan organ / proses pendermaan organ
Penderma yang meninggal di hospital

Apabila seseorang itu disahkan mati otak bermakna beliau telah meninggal dunia dan sijil kematian akan dikeluarkan. Pihak keluarga akan dibawa berbincang dan diberi peluang untuk mempertimbangkan mengenai pendermaan organ dan tisu orang itu. Sekira keluarga membenarkan pendermaan, ujian akan dilakukan untuk menentukan organ apa yang masih berfungsi dan boleh digunakan dan sama ada bakal penderma bebas dari penyakit berjangkit seperti HIV, Hepatitis B serta C dan juga Sifilis. Penderma akan masih diberi sokongan sepenuhnya dan setelah mendapat kebenaran bertulis daripada waris akan di bawa ke dewan bedah di mana mesin pernafasan dan segala sokongan akan diberhentikan sebelum organ itu diambil. Pembedahan pendermaan organ dijalankan seperti pembedahan biasa yang dilakukan ke atas pesakit yang masih hidup dalam keadaan steril dan dengan penuh hormat dan tidak akan menjejaskan rupa tubuh penderma. Apa yang ketara hanyalah kesan luka pembedahan yang dijahit dengan teliti dan sempurna. Mata yang didermakan diganti dengan kapas dan kelopak mata dijahit dengan teliti supaya penderma kelihatan normal. Sekiranya tulang didermakan, hanya tulang panjang sahaja yang akan diambil dan digantikan dengan tulang palsu supaya tidak ada kecacatan. Proses pendermaan boleh mengambil masa dari tiga hingga lapan jam bergantung kepada bilangan organ dan tisu yang diperolehi. Setelah proses perolehan organ selesai, jenazah akan dipulangkan dalam keadaan sebaik mungkin kepada waris di Mortuari hospital dan sekiranya bedah siasat diperlukan untuk kes “medico-legal” ini akan dipercepatkan.

Bagi mereka yang meninggal dunia secara biasa, hanya pendermaan tisu sahaja boleh dilakukan seperti mata, injap jantung, tulang dan kulit. Setelah mendapat kebenaran bertulis dari waris, pembedahan akan dilakukan di mortuari tetapi masih dengan teliti dan dalam keadaan sucihama dan menjaga kehormatan penderma. Tisu boleh bertahan lama tanpa oksigen dan boleh diperolehi sehingga 12 jam selepas kematian bagi mata dan 24 jam selepas kematian bagi injap jantung, kulit dan tulang.

Bagi pendermaan organ dan tisu keluarga akan ditanya tentang sejarah kesihatan dan latar belakang risiko jangkitan penderma untuk menentukan penderma bebas dari penyakit berjangkit seperti di atas dan ujian darah juga akan dilakukan untuk tujuan ini.

Penderma yang meninggal di rumah

Mereka yang meninggal dunia secara biasa di rumah boleh mendermakan mata/ kornea sahaja yang boleh diambil sehingga enam jam selepas kematian. Untuk tujuan ini waris simati boleh berhubung dengan hospital kerajaan terdekat atau pun menelefon talian bebas tol Pusat Sumber Transplan Nasional, 1-800-88-9080 ( tekan 3 ) seperti yang tercatat di bahagian belakang kad pendermaan organ bagi mereka yang telah mendaftarkan diri sebagai penderma untuk disambungkan terus kepada koordinator transplan atas panggilan yang akan menguruskan untuk menghantar pasukan pakar mata pergi ke rumah simati untuk proses perolehan yang akan dilakukan di rumah. Kebenaran secara bertulis juga diperlukan bagi tujuan tersebut dan keluarga akan ditanya tentang sejarah kesihatan dan latar belakang risiko jangkitan. Proses perolehan mata yang mengambil masa kurang dari sejam juga dilakukan dalam keadaan penuh hormat dan prihatin serta tidak akan menjejaskan keadaan jenazah tersebut.

Perspektif Islam terhadap Pemindahan dan Pendermaan Organ
Pemindahan organ adalah satu kaedah rawatan yang tidak disebut secara spesifik di dalam al-Quran mahupun Sunnah Rasulullah s.a.w. kerana kaedah ini merupakan satu perkembangan baru dalam dunia perubatan. Satu daripada maqassid al-syariah (matlamat syariah) adalah untuk memelihara nyawa. Prinsip-prinsip syariah yang digunakan untuk mengeluarkan fatwa mengenai kaedah pemindahan organ ini termasuklah keperluan mengatasi larangan, memilih jalan yang paling kurang mudarat dan mudarat perlu dirawat dengan berikhtiar. Di Malaysia, fatwa mengenai keharusan pendermaan dan pemindahan organ telah dikeluarkan semenjak bulan Jun 1970 lagi.

Dari perspektif Islam, pemindahan organ diharuskan dengan syarat tidak ada alternatif lain yang boleh menyelamatkan nyawa pesakit. Di samping itu, kaedah rawatan ini juga diharuskan sekiranya tidak mendatangkan mudarat yang lebih besar kepada penerima organ atau penderma organ (sekiranya penderma masih hidup). Islam juga mensyaratkan pendermaan organ dilakukan secara ikhlas dengan niat untuk membantu orang lain semata-mata kerana Allah s.w.t. dan bukannya bagi tujuan untuk mendapatkan ganjaran, habuan, populariti atau glamor. Organ dan tisu juga tidak boleh diperniagakan kerana Islam melihat jual beli organ dan tisu sebagai suatu perkara yang haram. Pendermaan organ juga perlu mendapat izin dan persetujuan penderma, yakni pendermaan organ tidak boleh dilakukan kerana dipaksa.

Fatwa-fatwa di Malaysia Berkaitan Pendermaan Organ
1965 Fatwa negeri Perlis mengharuskan pemindahan kornea daripada orang yang telah meninggal dunia
1970 Majlis Fatwa Kebangsaan mengharuskan pendermaan organ daripada penderma kadaverik kepada penderma hidup
1989 Majlis Fatwa Kebangsaan menerima diagnosis mati otak sebagai diagnosis untuk kematian
1995 Majlis Fatwa Kebangsaan mengharuskan penggunaan graf tisu untuk merawat pesakit
1997 Fatwa negeri Sarawak mengharuskan pemindahan ginjal daripada penderma hidup dan penderma yang telah meninggal dunia

Beberapa Fatwa dari Dunia Islam Mengenai Pemindahan Organ
SUMBER TAHUN FATWA
Sheikh H. Makhluf (Mufti Besar, Mesir) 1952 Pemindahan kornea diharuskan
Sheikh H. Maamun (Mufti Besar, Mesir) 1959 Pemindahan kornea diharuskan
Sheikh Hureidi (Mufti Besar, Mesir) 1966 Pemindahan kornea diharuskan
Persidangan Pertama OIC 1969 Pemindahan kornea diharuskan
Majlis Agung Islam Algeria 1972 Pemindahan organ diharuskan
Sheikh Khater (Mufti Besar, Mesir) 1973 Pemindahan kulit dari mayat yang tidak dikenali diharuskan
Majlis Agung Fatwa Jordan 1977 Pemindahan organ diharuskan
Ulama Besar Arab Saudi 1978 Pemindahan organ diharuskan
Sheikh Gad al-Haq (Mufti Besar, Mesir) 1979 Organ boleh diambil dari penderma hidup atau penderma kadaverik
Fatwa Kuwait 1979 Pemindahan organ diharuskan termasuk dari kadaver
Ulama Besar Arab Saudi 1982 Pemindahan kornea diharuskan
Fatwa Liga Dunia Islam 1985 Pemindahan kornea diharuskan
Persidangan Ketiga OIC 1986 Kematian otak diterima sebagai kematian
Persidangan Keempat OIC 1988 Pemindahan organ diharuskan tetapi jual beli dan penyeludupan organ diharamkan

laman utama / jadilah penderma / bagaimana untuk berdaftar sebagai penderma organAnda boleh muat turun dan cetak borang ikrar penderma di sini. Isikan maklumat diri anda dan pilihan organ atau tisu yang hendak didermakan, nama waris serta tandatangan anda. Borang yang telah diisikan dan ditandatangani boleh dihantarkan ke Pusat Sumber Transplan Nasional di alamat atau di nombor fax seperti dibawah;

Alamat : Pusat Sumber Transplan Nasional
Hospital Kuala Lumpur
Jalan Pahang
50586 Kuala Lumpur
Nombor Faks: 03-26156269

Anda juga boleh berhubung dengan Pusat Sumber Transplan Nasional melalui talian toll free 1-800-88-9080 untuk mendapatkan borang pendaftaran. Kad Penderma akan dihantar kemudian dan perlu diisi dan ditandatangani. Kad ini mesti disimpan bersama anda dengan kad pengenalan anda setiap masa.
Anda perlu memberitahu keluarga tentang pendaftaran anda sebagai pengikrar penderma organ supaya niat murni anda akan tercapai kelak. Ia memudahkan keluarga anda untuk membenarkan pendermaan organ dan tisu anda bila tiba masanya nanti selepas kematian.
Mereka yang berumur dibawah 18 tahun perlu mendapat kebenaran bertulis daripada ibu-bapa atau penjaga untuk berdaftar sebagai pengikrar penderma organ.

Pendaftaran untuk menjadi pengikrar penderma organ tidak melibatkan sebarang pembayaran atau pemeriksaan kesihatan.

laman utama / jadilah penderma / pendaftaran seacara “online”
Pendaftaran ini hanya terbuka kepada sesiapa yang menetap di Malaysia (Warganegara dan bukan warganegara).
Sekiranya anda pernah berdaftar sebagai pengikrar pendermaan organ sebelum ini, anda tidak perlu mendaftarkan diri melalui pendaftaran ini lagi.
Jika anda berumur di bawah 18 tahun, kami memerlukan surat kebenaran daripada ibu bapa anda. Contoh surat kebenaran tersebut akan dilampirkan bersama pengesahan emel yang akan anda terima.
Kad pengikrar pendermaan akan dihantar ke alamat anda sejurus pengesahan pendaftaran anda dibuat oleh pihak pengurusan kami.

Sila hantar alamat emel dan No. Kad Identiti anda bagi proses pendaftaran atas talian.

Emel :
ID No :

laman utama / jadilah penderma / bagaimana saya boleh menyumbangSebagai tanda sokongan, anda digalakkan untuk membincangkan perkara yang berhubung dengan pendermaan organ bersama rakan, keluargan dan mereka yang berhubung rapat dengan anda bagi mengembangkan maklumat yang telah anda terima.

Sebagai seorang pengikrar pendermaan organ, anda boleh turut serta menjayakan program yang dijalankan. Anda boleh membuat semakan setiap kempen yang kami jalankan di ruangan program terkini di halaman utama.

Anda juga boleh menganjurkan kempen pendermaan organ di tempat kerja ataupun syarikat ditempat anda berkhidmat untuk mempromosikannya sebagai tanda sokongan anda. Bagi tujuan tersebut, anda boleh terus berhubung dengan kami melalui Pegawai Sumber Transplan yang bertugas di Pusat Sumber Transplan Nasional. Anda boleh menghubungi kami dinombor talian 03-26942705.

berita

Derma organ diharuskan – Fatwa
JOHOR BAHRU 15 April – Majlis Fatwa Kebangsaan menetapkan hukum pendermaan organ adalah diharuskan dalam keadaan darurat iaitu apabila diperlukan.Mufti Johor, Datuk Mohd. Tahrir Shamsudin berkata, fatwa tersebut menetapkan garis panduan tertentu yang mengharuskan pendermaan dilakukan dan ia berdasarkan keadaan penderma, sama ada masih hidup atau telah mati.Memandangkan pendaftaran pemindahan organ di negara ini hanya membabitkan golongan penderma yang telah mati, justeru hanya topik golongan tersebut yang akan dikupas.

Mohd. Tahrir berkata, bagi penderma yang telah meninggal dunia, enam aspek perlu diambil kira sebelum pemindahan organ dijalankan.Pertama, katanya, perlu terlebih dahulu dijalankan pemeriksaan perubatan secara profesional tentang kebaikan, keburukan, kejayaan dan kegagalan pemindahan organ.Kedua, dilaksanakan dengan kerelaan penderma, melalui wasiat atau waris-waris dan perakuan daripada kerajaan.Ketiga, dijalankan setelah dipastikan pemindahan itu secara lazimnya akan berjaya.Keempat, pemindahan itu dilakukan dengan penuh disiplin ilmu, iman dan takwa, dengan memberikan penghormatan yang sewajarnya kepada si mati mengikut hukum syarak serta tiada unsur-unsur penghinaan.

”Ia juga diharuskan apabila darurat yang mendesak bagi menyelamatkan nyawa orang yang didermakan kepadanya, terutamanya yang ada hubungan nasab dan keluarga.”Selain itu, organ yang dipindahkan bukan dijadikan dagangan dan untuk kegiatan jual-beli,” katanya ketika dihubungi di sini baru-baru ini.

Sementara itu, Mohd. Tahrir berkata, orang yang mati otak adalah dihukumkan sebagai telah mati dan pemindahan organ juga diharuskan dalam keadaan darurat.Bagaimanapun, katanya, pemeriksaan perubatan secara profesional perlu dilakukan terlebih dahulu bagi memastikan individu itu telah mati otak.”Perakuan tentang berlakunya mati otak hendaklah dilakukan oleh sekurang-kurangnya dua doktor profesional, sebaik-baiknya doktor beragama Islam,” katanya.Menurut Mohd. Tahrir, sebelum pemindahan organ di dalam kes mati otak dijalankan, adalah digalakkan untuk mendapatkan persetujuan daripada keluarga terdekat seperti suami, isteri, anak, ibu dan bapa.

Aug 21, 2008Utusan MalaysiaPenderma penentu kemajuan dunia transplan
SECARA teorinya, semua bahagian badan manusia (organ, tisu atau sel), kecuali otak, boleh didermakan selepas kita meninggal dunia. Sesetengah tisu dan organ juga (hati, buah pinggang) boleh didermakan ketika penderma masih hidup.

Kemajuan dunia transplan menyaksikan teori berkenaan semakin menjadi kenyataan dengan pemindahan bahagian badan yang sebelum ini gagal dipindahkan dari penderma kepada penerima. Selepas banyak kejayaan pemindahan tisu dan organ utama badan, kini tiba pula giliran permukaan fizikal anggota badan.

Walaupun bukan sesuatu yang sangat baru, pemindahan tangan atau keseluruhan lengan dan tangan kini terbukti dapat dilakukan dengan jayanya. Pesakit yang menerima ‘tangan baru’ didapati mampu mendapat kembali sebahagian fungsi motor tangan tersebut.

Sukar untuk mengagak jika suatu hari mereka akan mendapat kembali sepenuhnya fungsi tangan berkenaan (menggenggam, pusingan sendi, sensitiviti deria sentuh) memandangkan proses menyesuaikan diri memerlukan terapi fizikal berpanjangan. Selain itu, transplantasi muka (sebahagian atau sepenuhnya) juga semakin berkembang dan dilaporkan mencapai banyak kejayaan baru-baru ini.

Transplan berjaya
Tranplantasi atau pemindahan tisu dan organ tidak menjanjikan kejayaan 100 peratus tetapi ia memberi harapan dan peluang untuk pesakit kembali hidup normal seperti orang lain. Bagi masalah organ, biasanya pesakit kelihatan lemah atau lesu tetapi bagi kecacatan anggota seperti kudung kaki atau tangan, serta kecacatan muka lebih jelas dan menarik pandangan ramai.

Pesakit yang kehilangan anggota empat kerat atau sebahagian mukanya mungkin akan berasa amat rendah diri dan mengasingkan diri dari masyarakat kerana tidak selesa dengan ‘pandangan tajam’ ramai. Oleh itu, beberapa kumpulan penyelidik dan pakar bedah telah mencuba transplantasi tangan dan muka kepada beberapa orang pesakit untuk membolehkan mereka kembali hidup dalam masyarakat.

Transplan muka dan tangan melibatkan lebih daripada satu jenis tisu (otot, kulit, tulang, saraf, salur darah) yang memerlukan gabungan beberapa kepakaran. Walaupun dapat ‘mengembalikan’ hidup sesetengah pesakit, masih terlalu awal untuk prosedur berkenaan dijalankan di seluruh dunia.

Pemindahan tangan pertama cuba dilakukan di Ecuador pada 1964 tetapi tangan yang didermakan itu ditolak badan pesakit dua minggu selepas dibedah. Untuk transplan tangan, Malaysia juga mencatatkan sejarah tersendiri hasil pemindahan keseluruhan lengan dan tangan pertama dunia yang dijalankan pada 18 Mei 2000 di Hospital Selayang. Pembedahan itu melibatkan penyambungan tangan kepada seorang bayi yang mengalami kecacatan tangan teruk, dengan tangan yang diambil daripada kembar seirasnya yang meninggal dunia ketika dilahirkan.

Disebabkan anggota tersebut diambil dari kembar dengan genetik yang sama, kanak-kanak itu juga dikatakan tidak perlu mengambil ubat bagi mengelakkan penolakan tisu.

Terbaru, seorang petani berusia 54 tahun yang hilang kedua belah tangan (dan lengannya) dalam kemalangan enam tahun lalu, menjalani pembedahan pemindahan lengan serta tangan (kiri dan kanan), yang pertama di dunia, dari seorang penderma remaja di sebuah hospital di Munich, Jerman pada 25 Julai 2008.

Prosedur tranplantasi muka pula bermula pada 1994 dengan Sandeep Kaur, 9, dari India menjadi pesakit pertama menjalani pembedahan penyambungan semula mukanya sendiri yang tercabut akibat kemalangan mesin pembanting. Pembedahan tranplantasi sebahagian struktur muka pertama dunia pula berjaya dilakukan pada 25 November 2005 di Perancis.

Pada April 2006, China pula melaporkan berjaya menjalankan pembedahan serupa ke atas seorang pesakit yang hilang sebahagian mukanya akibat diserang seekor beruang. Pesakit tersebut, Li Guoxing, dibedah di sebuah hospital tentera di Xijing menerima pemindahan tisu pipi, bibir atas mulut dan hidung dan kini mampu makan, minum serta bercakap dengan normal dan telah dibenarkan pulang ke rumahnya di wilayah Yunnan.

Pemindahan hampir sepenuhnya muka dari penderma didakwa berjaya dilakukan pada Mac 2008 ke atas Pascal Coler, 30, dari Perancis. Coler yang menderita akibat penyakit neurofibromatosis sebelum ini mempunyai banyak tumor pada mukanya sehinggakan dia kehilangan rupa fizikal dan fungsi asas muka (mulut, mata, hidung). Dia bagaimanapun dilaporkan mampu senyum dan mengelipkan matanya enam bulan selepas transplantasi tersebut dijalankan.

Kelak, penderma berdaftar bukan sahaja mampu menyelamatkan nyawa, malahan mungkin dapat memberi kembali mobiliti kaki dan tangan pesakit yang cedera akibat kemalangan atau peperangan. Fiksyen sains juga mungkin menjadi nyata dengan transplantasi muka bagi mereka yang mengalami kecederaan atau menghidap penyakit yang mencacatkan rupa. Cabaran
Bergantung kepada kemampuan bahagian yang didermakan itu bertahan sepanjang proses pemindahan dari penderma kepada penerima, kejayaan transplan akan bergantung kepada kebolehan bahagian badan yang didermakan berfungsi dengan normal pada badan penerima. Antara cabaran utama adalah penyambungan tulang (untuk tangan, kaki atau bahagian bertulang), saraf (untuk memastikan fungsi motor) dan paling penting salur darah bagi memastikan darah nutrien diperlukan dapat dialirkan ke seluruh bahagian badan yang didermakan.
Selain itu, penolakan tisu mungkin berlaku akibat sel imuniti pesakit mengesan perbezaan di permukaan sel penderma. Pesakit yang menjalani pembedahan transplantasi juga terpaksa menjalani proses getir pengambilan biopsi tisu organ yang didermakan untuk menentukan terdapat penolakan atau tidak.

Bagaimanapun, satu ujian genetik baru memberi harapan mengelakkan pengambilan biopsi berulang kali. Ujian ini menguji maklumat genetik khusus sel darah putih melalui ujian darah dan dikatakan dapat menilai kebarangkalian badan pesakit menolak organ yang didermakan. Pentadbiran Makanan dan Perubatan Amerika Syarikat (FDA) juga dilaporkan telah meluluskan penggunaan lebih meluas ujian darah tersebut.

Namun, bila membincangkan cabaran dunia transplan, bukan kos atau jenis ujian yang menjadi masalah utama. Di sebalik semua kemajuan baru transplan, tiada yang lebih penting daripada bilangan penderma, dan bilangan organ atau bahagian badan yang didermakan selepas mereka meninggal dunia.

Pakar Bedah Plastik Hospital Brigham dan Wanita di Boston Amerika Syarikat, Dr. Bohdan Pomahac menyatakan walaupun transplan muka atau tangan merupakan satu kemajuan dunia transplan, keperluan untuk organ seperti buah pinggang dan hati mungkin tetap lebih tinggi kelak.

“Pemindahan sebahagian daripada struktur muka seperti hidung atau pipi mungkin akan menjadi satu kebiasaan kelak, tetapi bilangan pesakit buah pinggang dan hati mungkin lebih tinggi,” katanya.

Bagi Dr. Edgar Biemer, yang mengetuai pembedahan tangan petani di Jerman Julai lalu, kebanyakan pembedahan sebelum ini melibatkan bahagian tangan sahaja berikutan kesukaran mendapatkan penderma yang sanggup menderma keseluruhan lengan dan tangannya.

“Bilangan penderma yang sanggup mendermakan organ dalaman juga semakin menurun (inikan pula menderma keseluruhan lengan).

“Selain itu, kebanyakan ahli keluarga lebih mudah menerima pengambilan organ dalaman badan orang tersayang berbanding tangan, kaki atau muka,” katanya.

Doktor-doktor yang terbabit dengan transplan muka dan tangan bersetuju bahawa prosedur transplantasi baru ini dapat diterima, terutamanya jika muka individu itu sendiri atau ahli keluarga yang cacat. Namun, persoalan sebenar di sini adakah individu dengan muka dan tangan yang elok sanggup menderma bahagian badan mereka itu selepas meninggal dunia?

Bagaimana pula dengan rakyat Malaysia? Sanggupkah anda menderma muka, tangan atau mungkin kaki selepas meninggal dunia? Persoalan ini sebenarnya agak tidak relevan memandangkan bilangan penderma organ berdaftar di negara ini masih rendah dan keadaan serupa berlaku bila membangkitkan bilangan penderma darah.

Bilangan penderma (organ, tisu atau bahagian badan) yang rendah juga menyebabkan program transplan negara sukar maju sejajar dengan program di Barat mahupun di China. Lapan bulan kemudian

Selepas 243 hari memasuki tahun 2008, ‘kepanasan’ kisah Tee Hui Yee dan Allahyarham Siti Salmah Jasni telah ‘membeku’, meninggalkan program transplan negara pudar dari pandangan ramai. Di sini, setiap seorang daripada kita bersalah tetapi pada masa yang sama, tiada siapa yang bersalah.

Pendermaan organ dan tisu, walau sepenting mana sekalipun tetap merupakan satu proses berasaskan kerelaan diri dan tiada siapa yang patut dipaksa. Namun janganlah program transplan ini ‘dibunuh’ dengan pandangan sempit dan alasan peruntukan.

Masyarakat Malaysia adalah antara paling pemurah di dunia tetapi tetap memerlukan sedikit motivasi untuk ‘menyumbang’. Di manakah iklan menggalakkan mendaftar sebagai penderma seperti mana iklan untuk penyakit seperti denggi, chikungunya dan talasemia di media cetak dan media elektronik?

Dengan kerjasama pihak-pihak terbabit, isu peruntukan sepatutnya tidak menjadi masalah besar terutamanya jika mendapat sumbangan dari sektor korporat. Ini akan lebih berkesan jika iklan dan mesej untuk orang ramai menderma dijadikan satu rutin, bukan sahaja organ, malahan derma darah yang amat diperlukan.

Di samping itu, janganlah pula program transplan negara ditikam dari belakang dengan mesej-mesej salah dan bercanggah dari pihak yang berfikiran sempit atau tidak memahami situasi sebenar. Ini dapat dilihat dalam sesetengah penerbitan luar dan dalam negara yang menggambarkan pihak yang ingin mendapat kebenaran dari keluarga pesakit yang meninggal dunia sebagai ‘lalat’ mencari kesempatan.

Tidak kurang juga pihak yang menggambarkan penderma yang masih hidup ‘hampir pasti’ maut jika menderma organ seperti hati atau buah pinggang. Salah faham mungkin timbul di kalangan orang ramai yang ingin menderma, yang pasti sensitif dengan perkataan ‘maut’ sedangkan risiko pendermaan organ ketika masih hidup bergantung kepada faktor tertentu. Doktor juga pasti tidak akan mengizinkan pendermaan organ dijalankan jika nyawa penderma terancam atau berdepan dengan risiko kegagalan yang tinggi.

Negara mempunyai tenaga pakar dan peruntukan yang cukup di samping teknologi yang mampu menyaingi hospital di Barat. Namun, jelas sekali di sini penderma itu sendiri menjadi faktor penentu perkembangan dan kemajuan program transplan nasional, jauh lebih penting daripada kos, peruntukan dan kepakaran.

Kini semuanya bergantung kepada orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan cara pemikiran orang lain, mendapatkan maklumat yang tepat dan menilai sama ada mahu mendaftar sebagai penderma organ atau tidak. Bukan sahaja pilihan untuk menderma di tangan penderma sendiri, malahan pilihan apa yang ingin didermakan juga di tangan mereka di samping boleh menarik balik pendaftaran jika berubah fikiran kemudiannya.

Halangan utama untuk anda mendaftar sebagai penderma kini bukan lagi kepakaran, teknologi, usia mahupun agama, tetapi kesangsian dan keyakinan diri sendiri. Apapun, mendaftar atau tidak, pastikan keluarga anda tahu hasrat diri untuk menderma atau tidak supaya dapat ditunaikan jika sampai masa untuk kita pergi selamanya. Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut atau mendaftar sebagai penderma boleh melayari laman web Persatuan Sokongan Reben Hijau (GRSA), www.organdonation.com.my atau dengan menghubungi Pusat Sumber Transplan Nasional (NTRC) di talian bebas tol 1-800-88-9080.

Perkara Perlu Anda Tahu

Apakah Dana Belia
Golongan muda dan komuniti belia Malaysia hari ini mempunyai bakat serta kapasiti untuk mempengaruhi komuniti sekeliling mereka dan seterusnya menentukan hala tuju negara. Kekuatan negara dari segi diversiti – kepelbagaian kaum/etnik, kemahiran dan minat – menjadikan Malaysia sebuah entity yang kukuh.

Dana Belia 1Malaysia adalah platform untuk golongan belia menyalurkan bakat dan tenaga mereka ke arah pembangunan belia di negara ini. Dana Belia menawarkan peluang kepada para belia untuk merealisasikan impian mereka, membina aspirasi yang selama ini menjadi kebanggaan: sebuah negara yang menyatukan rakyat tanpa mengira darjat dan kaum, serta maju sebagai rakyat yang bersatu padu.

Kami mengalu-alukan para belia Malaysia untuk menyandarkan impian mereka, sama-sama berkongsi kisah disebalik impian yang ingin direalisasikan serta perjalanan ke arah menjadikan impian mereka satu realiti.

Sama-sama kita mampu membina masa depan yang lebih teguh untuk semua.

Apakah itu Dana Belia 1Malaysia?

Dana Belia 1Malaysia merupakan sebuah dana berjumlah RM20 juta yang diperuntukkan oleh 1MDB bertujuan menyediakan platform untuk menggalakkan pembangunan dan perpaduan di kalangan belia di Malaysia

Apakah kategori-kategori yang diambilkira dalam kriteria pemilihan permohonan?

Kertas cadangan/proposal daripada pelbagai kategori adalah diterima selagi ianya menepati elemen-elemen belia dan perpaduan. Sebagai contoh:

Komuniti – Projek kampung angkat, projek bantuan golongan miskin dan pembaik-pulihan kawasan kejiranan
Alam Sekitar – Pembersihan/pemuliharaan tebing sungai, terumbu karang dan kempen hijau
Budaya, Seni dan Sukan – Pertandingan sukan seperti bola keranjang, marathon dan go-kart, pembikinan filem pendek, drama muzikal dan persembahan teater.
Latihan Kemahiran – Penganjuran bengkel perniagaan, latihan kemahiran, bengkel kewangan peribadi

Siapa yang layak memohon?

Permohonan terbuka kepada:

Individu (berusia 15-40 tahun)
Organisasi belia
NGO berdaftar yang menggalakkan pembangunan belia
Bagaimana saya boleh memohon?
Permohonan untuk Dana Belia 1Malaysia boleh dibuat dengan cara mengisi borang permohonan on-line di laman web 1MDB atau dengan menghantar permohonan secara pos. Untuk permohonan secara on-line, anda perlu mendaftarkan nama pengguna (username) dan kata laluan. Permohonan boleh dibuat dalam Bahasa Inggeris ataupun Bahasa Malaysia.

Apa yang perlu saya lakukan untuk memohon?

Baca dan fahami objektif serta tujuan Dana Belia 1Malaysia

Pastikan profil dan kertas cadangan anda memenuhi criteria yang dinyatakan
Hantar permohonan dengan mengisi borang permohonan on-line, atau hantarkan permohonan secara pos ke alamat berikut:
Dana Belia 1Malaysia
Aras 8, Menara IMC,
No 8 Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur, Malaysia.
Jika perlu, anda mungkin akan dipanggil untuk membuat penyampaian kertas cadangan kepada Panel Penilai
Kami akan hubungi anda jika permohonan anda berjaya

Bila saya boleh memohon?

Kami menerima permohonan sepanjang tempoh kempen dana ini. Walau bagaimanapun, pemilihan penerima dana hanya akan dibuat pada setiap suku tahun.

Berapakah jumlah maksimum permohonan dana yang boleh dipohon?

Tiada jumlah maksimum dikenakan kepada setiap permohonan. Dana Belia 1Malaysia bertujuan mencari dan menaja idea-idea yang terbaik. Walau bagaimanapun, untuk membantu kami membuat penilaian keperluan perbelanjaan anda, pastikan anda membuat justifikasi bagi jumlah penajaan yang dipohon. Anda juga harus menyertakan analisis kos-faedah serta rasional yang kukuh untuk permohonan yang dihantar.

Bagaimanakah saya harus menjustifikasikan permohonan untuk dana?

Jumlah dana yang dipohon haruslah dijustifikasi dengan menerangkan secara jelas bagaimana dana dibelanjakan, contohnya peruntukan untuk peralatan, sewa, makanan, pembayaran gaji dll. Amat penting untuk pemohon memberikan perincian yang jelas untuk kami membuat penilaian sama ada jumlah dana yang dipohon bertepatan dengan projek yang dicadangkan.

Apakah yang dimaksudkan dengan Analisis Kos-Faedah?

Analisis kos-faedah adalah huraian terperinci yang menerangkan penggunaan/perbelanjaan dana serta faedah (hasil dapatan) yang diperolehi dalam sesuatu tempoh/jangka masa. Ianya bertujuan untuk membuat penilaian sama ada faedah daripada projek cadangan melangkaui jumlah perbelanjaan. Sekurang-kurangnya, pecahan perbelanjaan keseluruhan projek dan faedah yang diraih hasil daripada pelaksanaan projek perlu diterangkan.

Kami menyasarkan projek-projek yang melibatkang golongan belia untuk bertindak dan sama-sama memberikan impak kepada komuniti. Kami juga ingin membantu menyokong projek-projek yang memberikan nilai kepada perbelanjaan kos.

Berapa lamakah tempoh permohonan?

Para pemohon dinasihatkan untuk menghantar permohonan secepat mungkin kerana beberapa proses penilaian akan dilakukan sebelum keputusan akhir dibuat. Tempoh penilaian juga mungkin akan dilanjutkan bergantung kepada jumlah permohonan yang diterima. Sesi penajaan akan dibuat pada setiap tiga bulan.

Jika keputusan akhir dicapai sebelum tempoh yang ditetapkan, kami akan mengumumkannya di laman Facebook dan Twitter. Para pemohon boleh menyemak status permohonan dengan cara log-in masuk ke laman 1MDB.Kami akan mengemaskini laman tersebut apabila keputusan dicapai.

Jika diterima, adakah saya perlu membuat bayaran balik bagi penajaan yang diterima untuk projek saya?

Tidak. Anda tidak perlu membuat bayaran balik untuk dana yang dipohon. Walau bagaimanapun, salah satu kriteria wajib bagi setiap permohonan ialah projek yang dicadangkan harus member manfaat kepada orang ramai serta mampu membawa perubahan positif kepada komuniti yang disasarkan.

Dana yang diperuntukkan diberi secara berperingkat ataupun sekaligus, bergantung kepada keperluan projek individu. Dana haruslah digunakan sepenuhnya dalam jangkamasa pelaksanaan projek, sepertimana yang dicadangkan oleh pemohon.

Apakah projek-projek yang tidak akan diterima untuk permohonan dana?

Dana kewangan dari Dana Belia 1Malaysia tidak boleh digunakan untuk:

Aktiviti kutipan derma/meraih dana
Untuk kepentingan peribadi pemohon
Aktiviti-aktiviti bersifat politik

Bolehkah saya memohon Dana Belia untuk tujuan perniagaan?

Kami menerima permohonan bertujuan perniagaan, asalkan ianya perniagaan yang membawa perubahan. Dana Belia 1Malaysia adalah sebuah dana untuk perkembangan belia dan perpaduan, dan bukan untuk keuntungan individu ataupun syarikat semata-mata. Perniagaan anda hendaklah mendatangkan manfaat yang tinggi kepada komuniti yang disasarkan / komuniti sasaran, dan mesti berupaya untuk meningkatkan semangat para belia bagi sama-sama menyumbang tenaga, melangkaui proses pengambilan pekerja.

Bagaimanakah saya boleh menyemak status permohonan?

Pemohon boleh menyemak status permohonan masing-masing melaui laman web 1MDB, atau dengan menghubungi kami secara bertulis melalui surat di alamat seperti di atas atau emel ke danabelia@1mdb.com.my
Bolehkah saya mengubah permohonan yang dihantar secara on-line?

Tidak. Setiap permohonan yang dihantar adalah dianggap muktamad. Sila pastikan semua maklumat adalah tepat sebelum menghantar permohonan.

Jika saya dipanggil untuk membuat pembentangan, apa yang perlu saya lakukan?

Para pemohon yang dipanggil untuk membuat pembentangan perlu menerangkan idea-idea mereka dihadapan Panel Penilai.

Apakah yang perlu saya hantar bagi tujuan semakan dan pemantauan?

Jika permohonan anda diluluskan, anda perlu menghantar laporan status secara bulanan berkenaan projek tersebut berserta dengan laporan kewangan kepada kami. Sebaik sahaja projek tersebut tamat, and juga perlu menghantar laporan prestasi dan laporan kewangan yang lengkap.

Bolehkah saya membuat permohonan semula jika permohonan awal tidak berjaya?

Kami tidak akan mempertimbangkan semula permohonan yang telah ditolak. Walau bagaimanapun, pemohon dialu-alukan untuk menghantar permohonan untuk projek yang baharu.

Jika saya mempunyai sebarang pertanyaan, siapakah yang perlu saya rujuk?

Untuk sebarang pertanyaan tentang Dana Belia 1Malaysia, anda boleh menghantar e-mel ke danabelia@1mdb.com.my atau menulis kepada:

Dana Belia 1Malaysia
Aras 8, Menara IMC,
No 8 Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur, Malaysia.

Related Articles:

Post Footer automatically generated by Add Post Footer Plugin for wordpress.

Be Sociable, Share!

Speak Your Mind

*

*
= 3 + 9

CommentLuv badge