Pertandingan Bowling Amal – Dana Nurul Afiqah

Satu pertandingan Bowling Amal akan diadakan bagi mengumpul dana adik Nurul Afiqah pada 25 September 2011 bersamaan hari Ahad pukul 9.00 pagi bertempat di Ampang SuperBowl Flamingo, Ampang. Program ini adalah lanjutan daripada Sejuta Impian TV3 saudara Idris Mohamad untuk membantu mencari dana bantuan perubatan bagi adik Nurul Afiqah.

Program Pertandingan Bowling Amal

Program Pertandingan Bowling Amal

Di samping itu, promosi Kempen Pengikrar Penderma Organ turut akan diadakan dengan kerjasama Pusat Sumber Transplan Nasional (Hospital Kuala Lumpur). Diharap dengan adanya program ini, akan mendapat kerjasama dari pelbagai pihak untuk menjayakannya.

Bagi mereka yang berminat untuk menyertai program Pertandingan Bowling Amal – Dana Nurul Afiqah ini boleh menghubungi

Saudara Idris Mohamad,
019 235 2954
idris.mohamad72@gmail.com

Post Footer automatically generated by Add Post Footer Plugin for wordpress.

Kenapa Adik Nurul Afiqah Perlu Dibantu?

Kini, 11 tahun sudah berlalu. Masa terlalu cemburu. Saya sudah punya anak 4 hendak masuk 5. Anak sulung saya, Ilyas sudah 11 tahun. Afiqah 12 tahun. Baru-baru ini Afiqah menghadapi masalah kesihatan yang kronik. Saluran darahnya pecah dan hatinya membengkak dan mengeras.

Tabung Afiqah yang dikendalikan oleh Amanah Raya juga sudah habis. Kos perubatan sebanyak RM 2000.00 adalah jumlah yang besar untuk disediakan oleh keluarganya setiap bulan. Ini tidak termasuk sekiranya dimasukkan ke dalam wad. Banyak hospital menolak permohonan keluarga Afiqah kerana kes ini berisiko tinggi.

Maka terpaksalah setiap masalah atau sebagainya dirujuk kepada hospital pakar SJMC dan sudah pastinya memerlukan kos rawatan susulan yang amat mahal. Saya dan keluarga Afiqah membuat surat permohonan untuk bantuan perubatan kepada badan-badan kebajikan, agensi kerajaan dan korporat.

Alhamdulillah ada juga jawapan yang positif daripada mereka walaupun kadang kala memakan masa yang agak lama. Dua bulan yang lepas, syarikat korporat Kumpulan Lion telah menyumbangkan sebanyak RM12,000.00 untuk Dana Bantuan Perubatan Adik Nurul Afiqah. Saya sendiri dijemput menjadi saksi ketika penyerahan bantuan tersebut di ibu negara. Ribuan terima kasih diucapkan kepada mereka. Tanggungjawab sosial syarikat berkenaan terhadap masyarakat amat kami sanjung tinggi dan wajar dicontohi.

Memandangkan adik Nurul Afiqah memerlukan bantuan perubatan sepanjang hayat. Saya berharap akan lebih banyak lagi agensi kerajaan atau swasta tampil ke hadapan untuk membantu adik Nurul Afiqah dan kanak-kanak yang senasib dengannya.

Ada juga kanak-kanak yang menghidap penyakit hati kronik tidak dapat diselamatkan kerana kurangnya pengetahuan oleh ahli keluarga mereka tentang penyakit ini. Ada juga tidak mempunyai kemampuan untuk menghantar anak mereka seberapa segera ke hospital.

Bagi diri kita perkara ini mungkin kecil tapi bagi mereka yang memerlukan penerimaan pendermaan organ. Ini adalah perkara hidup atau mati. Adakah anda sudah bersedia untuk berikrar menjadi penderma organ untuk membantu mereka yang benar-benar memerlukannya?

Post Footer automatically generated by Add Post Footer Plugin for wordpress.

Nurul Afiqah – Rayu Bantuan

SUBANG JAYA – Setelah menjalani pembedahan pemindahan hati 10 tahun yang lalu, Nurul Afikah Mohd Zahir, 11, kini terpaksa bergantung sepenuhnya kepada ubat-ubatan yang perlu diambilnya setiap hari.

Kanak-kanak yang menjalani pembedahan pemindahan hati kedua di negara ini membabitkan penderma tidak mempunyai pertalian darah masih memerlukan rawatan susulan apabila keadaan kesihatannya tidak menentu sejak kebelakangan ini.

Lebih memilukan, Nurul Afiqah perlu bergantung kepada pengambilan ubat sehingga usianya mencecah 18 tahun atau seumur hidup bergantung pada nasihat doktor.

Ibu kanak-kanak berkenaan, Azita Mud Yatim, 34, berkata, bagaimanapun dia kini buntu memikirkan kos rawatan dan perubatan anaknya yang mencecah RM2,000 sebulan apabila nilai baki dalam tabung yang pernah ditubuhkan ketika pembedahan dijalankan pada 2000 semakin susut.

“Tahap kesihatan Afiqah tidak menentu dan pada hujung tahun lalu anak saya terpaksa ditahan di wad selepas pihak hospital mengesyaki berlaku tanda penolakan organ hati yang diterimanya.

“Bagaimanapun, selepas doktor menukar dos ubat yang diambil sebelum ini, keadaannya nampak lebih stabil,” katanya yang memaklumkan anaknya juga sering berulang-alik ke hospital selepas pemeriksaan dan ujian dilakukan mendapati dia kekurangan darah.

Azita berkata, sehingga kini kos perubatan dan rawatan susulan anak sulungnya itu dijelaskan melalui lebihan baki tabung yang disumbangkan ketika pembedahan dilakukan terdahulu.

“Selepas 10 tahun, baki tabung yang ketika itu ditubuhkan Bank Simpanan Nasional (BSN) sebelum diletakkan di bawah jagaan Amanah Raya kini semakin berkurangan.

“Setiap bulan bekalan perubatan perlu diambil selain kos rawatan sekiranya dia ditahan di wad perlu dijelaskan ”katanya.

Sehubungan itu, orang ramai prihatin yang ingin menyalurkan derma bagi membantu kanak-kanak ini boleh berbuat demikian menerusi akaun Bank RHB milik Azita Binti Mud Yatim 16209000022120 atau menghubunginya menerusi talian 012-6177762.

Post Footer automatically generated by Add Post Footer Plugin for wordpress.